
Presiden UMNO, Zahid Hamidi terus ditimpa pelbagai persoalan yang akan menghimpit karier politiknya. Itu juga bererti jajaran baru yang cuba diperkenalkan oleh Zahid pada ahli Parlimen UMNO nampaknya sikit jam lagi akan berakhir sebagai mimpi buruk.
Semalam Zahid Hamidi mengakui suara dalam rakaman telefon bersama Anwar Ibrahim adalah miliknya.
Itu pun selepas beberapa bulan, sempat dijadikan modal oleh pemimpin UMNO lain untuk menolak kepimpinan Zahid Hamidi.
Rakaman suara itu berhubung perancangan Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim untuk menggantikan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Melalui apa yang diperkenalkan oleh mereka sebagai jajaran baru UMNO.
Mungkin kerana Anwar mulai tertekan. Hari ini viral kenyataan Anwar menafikan konspirasi itu dan berjanji akan mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan Polis. Supaya diketahui siapa sebenarnya dalang atau siapa sebenar yang memulakannya. Adakah dirinya atau Presiden UMNO Zahid Hamidi.