Kerajaan Negeri Sumbang RM148,700 untuk Sambutan Hari Guru 2021

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM148,700 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk sambutan Hari Guru Peringkat Negeri tahun 2021.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menyerahkan sumbangan itu kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Dr Mistirine Binti Radin di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Sumbangan yang cukup besar itu sebagai mengenang jasa dan sumbangan guru guru dan warga pendidikan di Sabah.

Hajiji turut menyampai Anugerah Tokoh Kepimpinan sempena Hari Guru Negeri Sabah 2021 kepada Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul.

Maimunah,60, merupakan mantan Pengarah Bahagian Profesionalisma Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dan mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Salah satu sumbangan Maimunah ialah usaha beliau memperjuangkan Guru Interim Pendidikan Islam di Sabah sehingga berjaya memberi peluang kepada ramai graduan agama di negeri ini.

Hajiji juga menyampaikan anugerah Tokoh Guru kepada mantan Pengetua Cemerlang (Jusa C) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac Kota Kinabalu, Dr.Shirley Tay Siew Hong, 60.

Beliau telah berkhidmat selama 31 tahun dalam dunia pendidikan.

Maimunah menerima kalung loket emas, wang tunai RM3000 sumbangan Bank Islam Malaysia dan sijil penghargaan. Sementara Dr.Shirley pula menerima kalung loket emas, RM3000 Sijil Simpanan Premium sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan sijil penghargaan.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Tugas Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Khan Bahadar dan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri, Haji Abidin Bin Marjan.

Tamat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.