Pemimpin Tidak Boleh Dilantik Dari Kalangan Fasik dan Pembohong – Hadi Awang

Rasanya pemimpin yang dimaksudkan ini tidak lain tidak bukan, Presiden UMNO dan mantan Presiden UMNO Zahid Hamidi dan Najib Razak. Serta sudah tentu mana mana pemimpin UMNO yang juga sedang dibicarakan di Mahkamah.

Kalau dari konteks Sabah tidak terkecuali kepimpinan Warisan. Sebab kepimpinan ini juga terpalit dengan skandal hingga di hadapkan ke Mahkamah.

Semua orang faham tidak ada yang sempurna apa lagi dalam politik. Tapi kalau sudah keterlaluan hingga kantoi tu, maka waktu itu kenalah pandai pandai menyesuaikan diri. Jangan malah membuat kenyataan seolah-olah rakyat terlalu bodoh atau beranggapan seolah olah Tuhan itu sendiri tidak wujud.

Rakyat faham juga tu mana boleh mereka pula yang lebih berkemampuan berbanding Wakil-wakil Rakyat. Tapi janganlah sampai tamak dan lupa diri. Bila tamak dan lupa diri itu yang terkantoi tu!


Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan fasik, pembohong


MUKHRIZ MAT HUSIN | | 04 Julai 2021

SHAH ALAM – Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan mereka yang fasiq, pembohong yang menipu rakyat, tidak melakukan amar makruf dan nahi mungkar serta hanya berwawasan dunia tanpa mengambil kira perhitungan pada hari pembalasan kelak.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang diberikan amanah memimpin, syaratnya ialah berada dalam kalangan yang erat hubungannya dengan ALLAH SWT, menegakkan ekonomi adil, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta berwawasan hari akhirat.

“Kita sedang menyaksikan kelemahan dan kegagalan ideologi, teori dan semua ajaran lain daripada Islam.

“Maka, wajib bagi umat Islam kembali semula memimpin umatnya bersama ajaran Islam yang sempurna,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau pada Ahad.

Beliau berkata, agama Islam telah membuktikan kejayaannya pada zaman keemasan sehingga ia menjadi teladan kepada seluruh manusia.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkata, ALLAH SWT menunjukkan kepada umat Islam bahawa memilih pemimpin merupakan suatu amanah yang paling besar dengan ciri-ciri kepimpinan yang sempurna.

“Ulil Amri ialah para pemimpin yang memenuhi syarat dan para ilmuwan yang memelihara petunjuk ALLAH SWT dan cara pelaksanaannya yang adil.

“ALLAH SWT tetap mengekalkan Islam terpelihara melalui ilmu dan pelaksanaannya walaupun kuasa Islam sudah dihapuskan, namun ajaran dan ilmunya tidak mampu dipadamkan cahayanya sekali-kali,” katanya.

Ujar beliau, ia bukan lagi satu alasan yang kononnya kini tidak mampu melaksanakan ilmu dan ajaran Islam kerana tiada persediaan dan alasan-alasan lain.

“Namun sebaliknya, secara terus-menerus melaksanakan perkara selain daripada ajaran Islam yang dikatakan lebih baik, walaupun apa yang dilakukan itu gagal menyelesaikan masalah di negara penciptanya.

“Inilah alasan mereka yang melaksanakan agenda musuh Islam yang tidak memberikan tempat dan peluang kepada Islam, atau juga alasan mereka yang buta al-Quran dan jahil ilmunya,” ujarnya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147968/BERITA/Nasional/Pemimpin-tidak-boleh-dilantik-dalam-kalangan-fasik-pembohong
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.