Makan Di Restoran Dibenarkan – DBKK (Terselit cerita lucu)

Nah keluar sudah kenyataan rasmi dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Bahawa tidak ada larangan untuk orang ramai makan di restoran. Pun begitu mereka haruslah sentiasa mematuhi SOP yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.

Sebelum ini demi kepentingan rakyat Sabah yang terjejas akibat perlaksanaan tiga PKP sebelum ini. Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji telah melonggarkan SOP yang membenarkan pengunjung makan di restoran dan beberapa lagi premis yang difikirkan perlu.

Diucapkan tahniah pada kerajaan negeri Sabah kerana berani dan sanggup menempuh kemungkinan demi kebaikan dan kesejahteraan masyarakat Sabah.

Tidak berkempen atau memperalatkan perjanjian Malaysia 1963 seperti parti Warisan. Tapi tindakan yang diambil selaku kerajaan negeri GRS hampir saja mengalahkan kesungguhan kerajaan Sarawak.

Pada kepimpinan Warisan berhentilah mempolitikkan isu SOP ini. Kamu tu tidak terlibat pun malah Presiden Warisan Shafie sendiri tidak menyokong kebijakan ini. Hanya pandai bermain propaganda namun semasa diberikan kesempatan menjadi kerajaan negeri, bunyi pun tidak kedengaran. Terus babau!

Lucu juga kepimpinan Warisan atau Adun Tanjung Aru Junz Wong ni ya. Sejak kerap kantoi ni semakin kuat pula muka temboknya.

Tidak menyokong perlonggaran SOP. Tapi bab makan di restoran mereka yang melebih lebih siap berselfie lagi. Hahaha 👎


Tiada Larangan Makan Di Premis, Kata Datuk Bandar Kota Kinabalu 

Sabah Post – Leave a Comment

Sejumlah besar restoran di Kota Kinabalu mula membenarkan pelanggannya makan di dalam restoran sejak semalam.

KOTA KINABALU: Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tidak akan melarang orang ramai untuk makan di restoran namun menegaskan ia tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, DBKK masih menunggu SOP terbaharu daripada pihak berkaitan namun pihaknya tetap menerima pakai pengumuman Ketua Menteri Hajiji Noor berhubung kelonggaran SOP di negeri itu termasuk membenarkan orang ramai makan di restoran.

“Kami masih menunggu SOP baru tetapi kenyataan ketua menteri dan timbalan ketua menteri (berhubung kelonggaran SOP di Sabah) akan diterima pakai selagi tiada arahan sebaliknya.

“Dalam masa sama, kami tidak akan mengambil tindakan untuk melarang ‘dining in’ tertakluk kepada pematuhan SOP,” katanya ketika dihubungi.

Tinjauan di sekitar Kota Kinabalu, hari ini, mendapati sejumlah besar restoran dan kedai kopi mula membenarkan pelanggan makan di dalam premis.

Pada 28 Jun, Hajiji mengumumkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 Sabah, mulai 29 Jun.

Bagaimanapun sehingga kini, SOP berhubung kelonggaran itu masih belum dikeluarkan dan ia terus menjadi tanda tanya sama ada apa yang diumumkan Hajiji boleh dilaksanakan atau tidak.

Sehari selepas pengumuman Hajiji juga, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Sabah tidak patut melonggarkan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Katanya, semua negeri sepatutnya melaksanakan satu standard SOP sahaja namun sekiranya ada negeri yang ingin menambah baik dengan memperketatkan suatu perkara, ia boleh dibenarkan.

Terdahulu, dua lagi daerah iaitu Sandakan dan Kinabatangan turut mengumumkan membenarkan orang ramai makan di dalam restoran seperti mana yang diumumkan Hajiji. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.