25 Ahli Parlimen UMNO Tidak Sokong Zahid Hamidi

Berkecai harapan para jentera pembangkang yang sejak Ogos 2020 lagi berusaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. Namun usaha mereka sentiasa dihalang oleh keadaan yang tidak memihak mereka. Malah kian hari kerajaan Perikatan Nasional semakin diminati oleh rakyat kebanyakan.

Usaha menjatuhkan kerajaan tidak hanya datang dari pihak pembangkang tapi juga dari pihak tertentu dalam UMNO yang menjadi sekutu Bersatu, PAS, dan parti parti tempatan Sabah dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Ada kawan tapi tidak menghargai peluang yang melayang. Kalah dalam pilihan raya umum tapi boleh sama sama membentuk kerajaan. Ajaib bukan?

Mari kita baca kisah 25 Ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong Presiden mereka.

Walaupun menurut Tajuddin Prasarana. 25 itu terpaksa berhadapan dengan Zahid kalau ingin bertanding di pilihan raya umum yang ke 15 akan datang. Macam saja Zahid itu mampu bertahan. Hemmm!


25 ahli Parlimen Umno tak akan sokong Zahid gulingkan kerajaan, kata Nazri

Ahli Parlimen Umno sudah mengetahui gerakan Zahid dan sekutunya untuk ‘memaksa’ mereka menandatangani SD bagi menarik kembali sokongan kepada kerajaan PN.MalaysiaNowJul 3, 2021 11:00 AM

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.

25 ahli Parlimen Umno yang menandatangani akuan berkanun (SD) untuk melantik Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap tidak akan menyokong usaha dilakukan Ahmad Zahid Hamidi untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Mohamed Nazri Aziz.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, beliau dan rakan-rakan ahli Parlimen lain sudah mengetahui gerakan dilakukan Zahid dan beberapa sekutunya untuk “memaksa” ahli-ahli Parlimen Umno menandatangani SD bagi menarik kembali sokongan kepada kerajaan PN sebelum 1 Ogos.

“Setakat yang saya tahu, saya dan rakan-rakan ahli Parlimen yang lain, 25 orang ini tidak akan tandatangan,” katanya kepada MalaysiaNow.null

Nazri menjelaskan, disebabkan tindakan Zahid inilah beliau dan lagi 24 ahli-ahli Parlimen melantik Hishammuddin menjadi jurucakap untuk menjelaskan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai pendirian mereka.

“Dalam kalangan kami 25 orang ahli Parlimen mengambil maklum yang Zahid hendak mengambil tandatangan ahli-ahli Parlimen, sebab tu kami sudah bersedia dengan memberi mandat kepada Hishammuddin Hussein menjadi jurucakap bagi pihak kami,” katanya.

MalaysiaNow difahamkan, Umno sejak Khamis memanggil ahli-ahli Parlimennya secara berperingkat bagi mendapatkan perakuan bersama meninggalkan kerajaan PN sebelum 1 Ogos.

Lebih 10 ahli Parlimen yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dipanggil menemui Zahid dan juga timbalannya, Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung, Ahmad Maslan di ibu pejabat parti.

Tindakan ini jelas bertentangan dengan apa yang diputuskan Perhimpunan Agung Umno iaitu akan kekal dengan kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada PRU14, Umno memenangi 54 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, 15 daripadanya melompat menyertai Bersatu menyebabkan Umno kini hanya tinggal 39 ahli Parlimen.null

Daripada 39 ahli Parlimen Umno, 25 daripadanya melantik Hishammuddin sebagai jurucakap menjadikan Zahid hanya mempunyai 14 orang termasuk dirinya.

Nazri juga berkata beliau kembali menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN sehingga PRU15.

“Saya tarik balik pengumuman saya pada bulan Januari dulu iaitu menarik sokongan kepada PN. Sekarang saya menyokong Muhyiddin bersama dengan kerajaan PN sehingga PRU15 seperti diputuskan oleh Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu,” katanya.

Sebelum ini Nazri memberitahu MalaysiaNow beliau ditipu oleh Zahid untuk menarik sokongannya terhadap PN, mendakwa langkah itu didalangi presiden Umno.

“Dia (Zahid) yang merancang lepas tu dia sendiri tak tarik diri, dia tipu kalau tidak kenapa saya nak tarik diri takde sebab. Saya memang rasa saya ditipu,” katanya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.