Pakej Pemulihan Beri Manfaat Kepada Sabah

KOTA KINABALU: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) sebanyak RM150 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, semalam, adalah pakej rangsangan secara menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri atas pakej rangsangan yang amat komprehensif itu, yang pasti memberi manfaat kepada rakyat dan pelbagai sektor ekonomi di Sabah.

“Peruntukan yang merangkumi suntikan fiskal RM10 bilion adalah besar dan inilah yang diperlukan negara sekarang untuk mengatasi impak penutupan kali ketiga seluruh negara oleh COVID 19,” katanya.

Hajiji berkata, ini sangat baik bagi penduduk di Sabah yang akan menerima bantuan wang tunai dari kerajaan negeri di bawah Bantuan Sabah Prihatin 3.0 selain Bantuan Khas COVID 19 (BKC) bernilai RM4.6 bilion di bawah Pemulih.

BKC dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 11 juta isi rumah, warga emas dan individu bujang dalam kategori B40 dan M40 di negara ini.

Menerusi Pemulih, isi rumah B40 akan menerima sebanyak RM500 daripada kerajaan pada Ogos dan RM300 pada Disember; individu bujang B40 akan menerima RM200 pada Ogos; isi rumah M40 menerima RM250 pada Ogos manakala individu bujang M40 akan menerima RM100 pada Ogos.

Isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.

Ketua Menteri berkata peruntukan sebanyak RM300,000 kepada Ahli Parlimen untuk bantuan bakul makanan akan membantu ramai golongan yang terkesan di kawasan masing masing.

Beliau juga mengalu alukan pengumuman Perdana Menteri bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memulakan kemudahan perbankan mudah alih di Sabah pada bulan Julai ini, bagi memberi akses yang lebih mudah dalam perkhidmatan bank kepada penduduk di luar bandar.

Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri, Aras 31, Blok A Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan UMS, Teluk Likas 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.