Kempen Bendera Putih Hanya Mengaibkan Tidak Bertamadun

Terkini pembangkang melancarkan kempen menaikkan bendera putih bagi menunjukkan tidak ada sudah beras/makanan di rumah. Memalukan!

Kesian pembangkang segala isu dimainkan walaupun jelas bertentangan dengan nilai atau martabat seseorang yang wajib dijaga. Sebab itu pada setengah bangsa, sanggup susah miskin malah mati sekalipun demi mempertahankan atau menjaga maruah mereka.

Di Indonesia dan Filipina yang kita tahu kebanyakan rakyatnya hidup dalam kemiskinan pun. Tapi tidak ada pembangkang yang mengambil kesempatan lalu berkempen seperti ini, kerana sedar tidak akan ada rakyat mereka yang sanggup memacakkan bendera putih bagi menunjukkan tidak ada sudah beras di rumah. Itulah sebabnya ramai rakyatnya yang berhijrah atau sanggup menjadi pelarian di negara orang.

Berbeza dengan segelintir Melayu pembangkang, malah berkempen supaya menaikkan bendera putih hanya kerana tidak ada makanan di rumah. Ini bukan tanda tanda dunia Melayu mulai terbangsat kerana parti kah? Hahaha!

Kempen pihak yang jahil hanya mengaibkan keluarga seseorang dan tampak tidak lagi bertamadun.

Hakikat pembangkang tahu kerajaan telah berbelanja ratusan juta untuk menyediakan bakul makanan dan telah pun diagihkan pada penerima yang berkelayakan tanpa mengira fahaman parti.

Semalam kerajaaan Perseketuan telah menyalurkan RM300 ribu pada setiap Ahli Pembangkang bagi menyediakan bakul makanan. Begitu juga di peringkat negeri, kerajaan Sabah telah menyalurkan RM100 ribu bagi setiap Adun Pembangkang.

Pada masyarakat atau yang berkenaan cuba kamu kaunter ke mana sudah dana dana itu dibelanjakan? Janganlah jahil sangat kawan oiii lain yang kamu undi lain pula yang dipertanggungjawabkan.

Kerajaan telah menyalurkan pelbagai bantuan bukan hanya bakul makanan tapi juga dalam bentuk tunai. Ketika artikel ini di tulis tersebar berita yang bantuan Pemerkasa RM500 telah dimasukkan ke akaun rakyat atau penerima.

Jadi yang sebenarnya kempen menaikkan bendera putih ini ditujuan pada siapa, pemimpin dan penyokong pembangkang yang dungu dan gagal kah? Hahahaha!

Kalau pun benar susah sangat, berhubung saja dengan wakil pemimpin di kawasan anda. Jangan humbankan diri anda ke lembah kehinaan seperti ini. đź‘Ž

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.