Perdana Menteri Maklum Titah Agong Kini Kuasa Di Tangannya

Kerajaan mengambil maklum titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sepertimana yang terkandung dalam kenyataan Istana Negara pada 16 Jun 2021.

Dalam sesi sesi menghadap ke atas KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sebelum ini, YAB Perdana Menteri telah menyembah maklum dan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong mengenai perjalanan pengurusan pandemik COVID 19, penguatkuasaan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan, pakej pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat, pelaksanaan sidang Parlimen, Pelan Pemulihan Negara dan perkara perkara lain yang berkaitan.

Menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Kerajaan akan mengambil langkah langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang undang negara.


Kalau kita dalami isi surat ini ternyata Perdana Menteri telah mengadakan perbincangan secara khusus sebelum surat bertarikh 16hb dikeluarkan oleh pihak Istana.

Perdana Menteri tahu surat itu akan menjurus kepada persidangan Parlimen.

Menariknya kerana kuasa menasihat Yang Dipertuan Agong terletak di tangan seorang Perdana Menteri. Maka cerdiklah surat bertarikh 16hb itu berbunyi sedemikian. Kini kuasa mengadakan sidang Parlimen berada di tangan Perdana Menteri yang prihatin pada kesihatan rakyatnya.

Sang pemimpi sekali lagi pergi ambil selimut dan tidur. Siapa tahu esok pagi isi surat bertarikh 16hb boleh bertukar dengan sendirinya. 😊

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: