Aziz Jangan Lupa Cermin Diri Ya – AMK

Nah kenapa Si Aziz disuruh bercermin oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah.

Macam tanda tanda awal perang besar akan terjadi. PKR vs Warisan.

Kalau peperangan besar tercetus diantara mereka, maka sudah tentulah admin secara moral akan menyokong PKR. Apa orang Sabah Cakap, asal bukan Warisan.

Kisahnya begini. AMK Pahang semasa menyampaikan hujahnya di Kongres PKR yang berlangung secara maya, berpendapat. Sebaiknya PKR meninggalkan Warisan jangan sampai nampak seolah olah PKR pula yang mengemis pada Warisan.

Gesaan itu telah membangkitkan kemarahan Warisan yang disampaikan oleh Ketua Wira Warisan, Aziz Jamman.

Si Aziz kata itu tidak ada masalah, sekiranya PKR mahu meninggalkan mereka, dipersilakan. Tapi ingat selepas itu PKR malah PH akan berkubur di Sabah dan hanya Warisan yang akan bertahan sebagai pembangkang.

Begitu kira kira bunyi kemarahan Warisan. Menakutkan tak? Hahaha

Kenyataan si Aziz itu telah mendapat respon yang cukup pedas dari AMK Sabah. Seperti dibawah.

Sengaja admin kasih canggih supaya senang bagi pembaca membuat penilaian. He!


MEDIA RANIA

MEDIA RANIA

POLITIK

PKR Terkubur? Azis Perlu ‘Cermin Diri’ – AMK Sabah

Published2 days ago

KOTA KINABALU, 13 Jun – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyelar kenyataan sombong Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman yang menyatakan bukan sahaja Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) malah Pakatan Harapan bakal terkubur di Sabah.

Kenyataan itu dikeluarkan Azis berikutan khabar angin yang menyatakan KEADILAN akan berkerjasama dengan UMNO dan disokong pimpinan Pakatan Harapan sekaligus menyingkirkan WARISAN yang kini bersama Mahathir.

Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin menjelaskan KEADILAN menjunjung prinsip perjuangan yang diperjuangkan sejak penubuhan KEADILAN pada 1999.

“KEADILAN menentang UMNO ketika Presiden WARISAN masih mengumpul kekayaan dalam UMNO sebagai Menteri dan pemimpin UMNO.”

“Jadi Azis tidak perlu melompat awal seperti ‘kera kena belacan’ kerana takut gabungan Pakatan Harapan dan UMNO boleh meranapkan WARISAN. KEADILAN masih kekal dengan prinsip dan menolak untuk berkerjasama dengan individu yang korup.” jelas beliau lagi.

Razeef juga menyangkal kenyataan Azis bahawa KEADILAN tidak mempunyai kekuatan di Sabah dan menyifatkan kenyataan itu tidak berasas dan dangkal.

“Azis perlu melihat kelemahan WARISAN walau sering diberi peluang lebih oleh KEADILAN dan Pakatan Harapan sebelum berlagak sombong.”

“Saya sarankan agar Azis ‘cermin diri’ dan menerima hakikat bahawa WARISAN tidak pernah menang dalam pilihanraya, berbeza dengan KEADILAN bersama Pakatan Harapan yang kini memimpin Selangor dan Negeri Sembilan serta Pulau Pinang yang dipimpin DAP.”

“Melihat kepada sejarah PRU-14, Pakatan Harapan telah menang di peringkat persekutuan walau tanpa mengambil kira jumlah Parlimen yang dimenangi WARISAN. Dan begitu juga beberapa negeri di semenanjung antaranya Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Johor dan Melaka.”

Beliau turut menjelaskan situasi berbeza di Sabah di mana Warisan tewas pada PRU14 lalu walaupun dengan bantuan Pakatan Harapan.

Pada PRU14 lalu KEADILAN mengorbankan banyak kerusi tradisi kepada WARISAN yang akhirnya hanya bertanding lapan (8) daripada 60 kerusi DUN.

Beliau juga mengingatkan Warisan hanya berjaya menjadi kerajaan setelah UPKO meninggalkan BN dan membentuk kerajaan bersama WARISAN dan Pakatan Harapan di Sabah.

“Namun kerana ketidak cekapan mentadbir serta pemimpin-pemimpin WARISAN yang angkuh dan sombong, mereka dihukum oleh rakyat Sabah yang menolak WARISAN walaupun pada PRN Sabah yang lalu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional berlawan sesama sendiri.” jelas beliau.

KEADILAN Sabah pada Pilihanraya negeri Sabah September lalu menggadaikan satu lagi kerusi DUN kepada WARISAN menjadikan hanya tujuh (7) kerusi DUN ditandingi walaupun kerusi DUN Sabah bertambah sebanyak 13 kerusi dari 60 kepada 73.

Walaupun demikian setelah diberi kelebihan WARISAN gagal mempertahankan kerajaan negeri apabila tewas di tangan PN dan BN yang berpecah pada ketika itu.

“Jadi sebelum Azis dengan angkuh mengatakan KEADILAN bakal terkubur di Sabah, beliau perlu tahu WARISAN telah terkubur sejak mulanya walaupun mendapat ihsan dari KEADILAN yang menyerahkan 70% kerusi tradisi KEADILAN Sabah serta dibantu dari segi jentera kerana kasihan melihat WARISAN yang terkapai-kapai menghadapi pilihanraya yang pertama buat mereka.”

Razeef juga menerangkan bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat persekutuan pula mereka diberi peluang memegang beberapa kementerian sehingga bukan sahaja KEADILAN Sabah malah Ahli Parlimen DAP Sabah juga tidak memegang jawatan Menteri mahupun Timbalan Menteri di peringkat persekutuan kerana ingin mengangkat parti tempatan Sabah di peringkat persekutuan selain simpati kepada WARISAN yang baru bertapak.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.