Berita Ibu Jual Anak Di Pensiangan Adalah Palsu. Raymond?

Habislah Ketua Cabang Keadilan Pensiangan, Raymond Ahuar susulan berita fitnahnya keatas seorang ibu serta tiga anaknya di Pensiangan.

Kononnya baru baru ini telah berlaku satu kejadian seorang ibu sanggup menjual tiga anaknya akibat kesempitan hidup yang disebabkan oleh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kononnya anak sulung telah berjaya di jual tapi berjaya diselamatkan oleh PDRM dan Jabatan Kebajikan Keningau. Manakala wang deposit  untuk anak kedua telah pun diterima oleh ibu berkenaan.

Oleh kerana itulah menurut si Raymond Perintah Darurat mesti di tarik balik kerna ia telah menyusahkan rakyat. Ini juga membuktikan Kerajaan hari ini adalah kerajaan gagal. Betul kah?

Namun berdasarkan kenyataan pihak Polis apa yang terjadi tidak seperti berita yang di canang oleh si Raymond itu.

Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah telah pun mengeluarkan kenyataan meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan berita palsu itu kerana akan menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Keningau, Shahrudin mengesahkan kes itu berkaitan dengan sepasang suami isteri yang ditahan kerana kesalahan dadah.

Lelaki terbabit ditahan pada 22 Mei lalu dan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15 (a) (1) akta yang sama.

”Pada 11 Jun lalu, wanita yang juga ibu kepada tiga kanak-kanak pula ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Alamak apa cerita Raymond tak kan gara gara mimpi kerajaan akan bertukar kau sanggup menyebarkan berita palsu dan sanggup mengaibkan sang ibu walaupun dia seorang penagih sekalipun.

Kalau cerita jual anak ini tidak ada kebenarannya lalu dari sudut mana PKP dan perlaksanaan Darurat telah menyusahkan rakyat? Ini kerana tujuan PKP adalah untuk menjaga kesihatan dan keharmonian rakyat.

Kalau benar si Raymond prihatin pada ibu dan anak anaknya. Sebaiknya dia buat siasatan ketika kerajaan siapa perempuan itu mula menghisap dadah. Lepas itu bawa ke pusat pemulihan. Ada lagi faedahnya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.