
Betul betul ini orang semakin kuat mengada-ngada macam Cybertrooperr pula dah.
Benar juga kata kawan dia ni antara pemimpin yang sengaja mengosongkan otaknya. Sudahlah terlalu oportunis hingga membawa perpecahan sekaligus melemahkan UMNO dari dalam dan luar parti. Ditambah lagi dengan sikapnya yang kuat mengkritik kerajaan Perikatan Nasional atau GRS yang menjadi penyelamat krier politiknya.
Sebentar tadi Rahman Dahlan mengkritik usaha kerajaan mengesan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Padanya keputusan memburu dan menangkap PATI ketika darurat dan pendemik sebagai hal yang tidak tepat dan memburukkan lagi keadaan.
Rahman Dahlan tahu kah baru baru ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada mengumumkan bahawa Kerajaan akan menyuntik Vaksin pada semua PATI yang ada di negara ini, supaya dapat mengekang penularan Covid-19 dikalangan rakyat Malaysia.
Apa Rahman tidak maklum kah. Andai ada dikalangan PATI yang positif Covid-19 tidak mungkin mereka datang ke Hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan. Ini disebabkan oleh dua faktor yang nyata. Pertama kerana tidak memiliki keterangan diri kedua kerana kekurangan wang. Bila itu berlaku apa nasib masyarakat ramai? sudah tentu terdedah pada ancaman Covid-19.
Jadi dengan mencari dan memvaksin mereka itu dapat mengekang penularan Covid-19 bukannya hanya dikalangan mereka tapi dikalangan masyarakat tempatan.
Jadi apa yang tidak tepat ni wahai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Abdul Rahman Dahlan.
Segala hal dia nafikan supaya nampak macam orang yang cergas, walaupun isu dan kenyataannya nanti bercanggah dengan apa yang dituntut oleh masyarakat dan apa yang di canang oleh pembangkang iaitu soal kesihatan yang menjadi keutamaan dan kehadiran PATI yang menjadi modal parti Warisan untuk menghentam kerajaan negeri Sabah.
Hakikatnya ada dua pihak dalam kepimpinan Warisan menggunakan PATI sebagai modal mereka, satu pihak mendesak supaya PATI yang ada di Sabah ni di halau ke negara asal. Program pemutihan PATI yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan ditentang habis habisan hingga gagal.
Manakala satu pihak lagi cuba berlagak dengan PATI supaya kerabat mereka menyokong Warisan.
Nampak tak strategi Warisan?
Jadi Rahman sebelum cuba menonjolkan diri lihat dulu isunya dari berbagai perspektif, jangan main hentam asal berbunyi.
Kalau isu seperti ini yang dia angkat, nah memang dia menjadi bahan pembangkang lah sampai bila bila.
- Adun Merotai Kantoi Bodoh Pasal 20/17 Perkara. Hahaha!
- KM Hajiji Bagi Sebiji Tepat Di Muka Chin Tek MingÂ
- Kerajaan Negeri Jamin Bekalan Tenaga Stabil, Pantau Kesan Inflasi
- Adun Kapayan Syok Bagi Idea Sekali Masidi Tunjuk Usaha Sebenar – 40% Hasil Sabah
- Adun Mana Yang Dimaksudkan Oleh Madius Agar Bersatu Menuntut Hasil Sabah 40%?






















Leave a Reply