Usaha Bantu Rakyat Henti Cakap Kosong, Polemik Laptop

KOTA KINABALU: Ketua Srikandi Bersatu Sabah, YB Datuk Hajjah Azizah Bin Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun meminta semua pihak untuk terus berusaha membantu rakyat dan tidak menjadikan hujah politik sebagai bahan persengketaan yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.

“Rakyat bijak menilai pemimpin dan apabila pemimpin berusaha membantu rakyat, meringankan beban, termasuk pelajar B40 yang dikenalpasti dalam kategori anak-anak golongan miskin tegar yang memerlukan komputer riba bagi tujuan PdPR kini.

Azizah berkata demikian dalam satu kenyataan media disini hari ini bagi membidas hujah Ketua Bahagian UMNO Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya tidak mempersoalkan kewajaran usaha Kerajaan Negeri menyediakan 10 ribu komputer riba kepada anak-anak murid Sabah miskin tegar yang memerlukan bantuan bagi tujuan PdPR.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Rahman itu tidak membantu ke arah membina kemajuan dan kejayaan kepada anak-anak negeri Sabah yang perlu menjalani pendidikan secara PdPR pada masa ini berikutan perlaksanaan Total Lockdown.

“Perubahan sistem pendidikan masa kini tidak dapat kita elak, ini semua kerana pandemik Covid-19 dan dengan adanya komputer riba, sedikit sebanyak, anak-anak kita dapat menjalani proses pelajaran dan tidak tertinggal di belakang,” ujar Azizah lagi.

Azizah juga memuji usaha murni Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bersabar dalam usaha untuk melawan Covid-19.

“Semoga usaha kita untuk melawan pandemik ini berjaya, semoga kita terus bersatu dan kita semua bangkit bersama dari kemelut yang menguji semua pada masa ini,” katanya lagi.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.