
Nampaknya Adun Tanjung Aru yang juga Naib Presiden Warisan, Junz Wong mulai merasa bahang penolakan rakyat Sabah terhadap parti Warisan.
Mungkin juga dia sudah mendapat jawapannya bahawa mana mungkin mereka kalah pada pilihan raya negeri baru baru ini, kalau mereka diterima oleh rakyat Sabah. Memandangkan usia pemerintahan mereka pada waktu itu baru dua tahun setengah.
Sebab itulah dia mulai belajar membabitkan diri dalam politik perang saraf. Sudah bersedia kah tu? Hahaha!
Tapi jangan dia lupa parti Warisan tidak pernah menang dimana mana pilihan raya khususnya di peringkat negeri Sabah. Tidak pernah!
Sebentar tadi merujuk kenyataan akhbarnya. Dia telah membuat dakwaan yang tidak berasas atau mungkin dia bercakap berdasarkan kegagalan mereka sepanjang dua tahun setengah menjadi kerajaan negeri Sabah.
Dia mendakwa kononnya kerajaan GRS tidak memberikan bantuan bakul makanan pada pengundi Warisan di Tanjung Aru. Ini bha yang dia mahu nyatakan tapi berlapik atas nama rakyat Sabah. Kononnya rakyat Sabah tidak menerima bakul makanan dari kerajaan GRS.
Sedang kononnya kerajaan negeri telah mengumumkan peruntukan ratusan juta.
Betul Kah? Cuba klik link dibawah. Sebenarnya polemik ini telah dimainkan lama oleh kepimpinan Warisan tapi tidak dipedulikan oleh rakyat Sabah.
Fitnah Terhadap KM Hajiji Pasal Bantuan Makanan
Ini wakil rakyat ahh, tidak pandai malu dan tidak ada rasa tanggungjawab oh. Mereka lupa apa yang mereka telah lakukan semasa kerajaan Warisan mengurus Covid-19 dan berjanji memberikan bantuan kepada rakyat Sabah, pada ketika itu.
Di zaman Warisan, ramai rakyat Sabah yang merungut kerana tidak menerima bantuan makanan, jauh sekali bantuan tunai yang telah dijanjikan. Tidak percaya tolong klik link dibawah.
Bantuan Sabah One-off RM300 Ada Unsur Penyelewengan
Nampak tak di ruangan komen dalam blog itu, ada beribu komen masyarakat yang meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka pada kerajaan Warisan. Sampai ada yang bersumpah tidak menghalalkan bantuan atau hak mereka yang telah di seleweng.
Begitu juga pemberian bakul makanan kerana ramai yang tidak berpuas hati. Sampai ada individu yang membuat laporan ke SPRM.
Pusat Agihan Bantuan Makanan Keningau Dipantau SPRM
Nampak sudah, ternyata bantuan tunai dan bantuan makanan yang dijanjikan oleh kerajaan Warisan pada ketika itu gagal diberikan pada masyarakat yang memerlukan. So Junz Wong sekali lagi ambil cermin tu. Hemmm!