Lockdown Untuk Menjaga Rakyat Bukan Memenuhi Cerita Kosong Mulut Longkang

Nah Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Sabah telah mengumumnkan dan bersetuju melaksanakan total lockdown di seluruh negara.

Lockdown akan dikuatkuasakan bermula 1hb June hingga 14hb June 2021.

Lockdown ni bukan untuk memenuhi cakap kosong pembangkang atau anti kerajaan alias kumpulan mulut longkang. Tapi untuk menyelamatkan rakyat Malaysia dari wabak COVID-19.

Memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat lebih mustahak berbanding memenuhi tukang sebar cerita yang tidak kebenarannya.

Kalau saja tuntutan kamu orang hingga menunjuk perasaan di jalanan supaya PKP di batalkan ada kebenarannya. Tidaklah total lockdown Isnin atau Selasa depan diperkenalkan. Bikin malu saja.

Ada pula tu, sekejap minta PKP dilaksanakan sepenuhnya sekejap lagi bimbang tidak ada buat pembayar ansuran bulanan. Macam mereka saja yang ada tuntutan hidup.

Pada penyokong dan jentera anti kerajaan Perikatan Nasional. Apa yang kamu perlu praktikkan ialah mematuhi SOP. Bukan meramalkan peningkatan angka jangkitan selepas itu sengaja menyalahkan kerajaan. Nampak sangat sengaja membelakang akal mereka. Lama lama tumpul tu atas kehendak Tuhan, nak sangat kan.

Jangan nak berlagak macam orang yang budiman sangat, membandingkan cerita kayangan dan marhaen yang telah melanggar SOP PKP. Walhal kalau dikira sejauh mana sangatlah kesannya, apa lagi sehingga hari ini tidak fakta yang menyokong kayangan telah menyebabkan kluster baharu.

Andai kayangan itu seorang general perang, rasanya tidak salah kalau mereka menjadi orang pertama yang terdedah pada risiko. Bagi membuktikan komitmen mereka. Secara logiknya lah, betul kah?

Hakikatnya pemimpin yang di sokong oleh anti kerajaan Perikatan Nasional, walaupun telah melakukan kesalahan hingga di hadapkan ke Mahkamah. Tapi masih mereka berikan sokongan, tampak tidak kisah pun. So dimana kebenarannya kalau mereka itu kisah dengan keadilan dan kesejahteraan orang lain.

Pergi tidur dan duduk diam diam jangan lagi menyusahkan masyarakat yang tidak berdosa. Sebelum itu jangan pernah melupakannya yang menyebabkan gelombang kedua Covid-19 di Malaysia ialah Parti Warisan dari Sabah.


Ada juga yang mendakwa kononnya perlaksanaan total lockdown kerana desakan Najib. 🤔

Kalau kita benarkan kenyataan yang mencadangkan total lockdown itu adalah Najib maka kesan daripada perlaksanaan lockdown harus juga diambil tanggungjawab oleh UMNO secara khusus. Seperti bantuan makanan dll.

Jangan hanya pandai menimbulkan polemik tapi tidak mahu bertanggungjawab. Betul kah?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.