Alamak pasti berita ini akan menambah penderitaan parti Warisan di bahagian Tawau khususnya dan umumnya di peringkat negeri Sabah.
Hari ini Ketua Bersatu Bahagian Tawau yang juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Nizam Ab Titingan telah sudi menerima kemasukan beramai ramai ahli Warisan dari Cawangan Kampung Serodong Tawau.
Penyertaan ahli ahli Warisan itu diketuai oleh Encik Geogre Injun yang mewakili 150 ahli dari cawangan berkenaan.

Tahniah diucapkan pada Datuk Nizam Ab Titingan kerana kepimpinannya yang telah berjaya menarik masyarakat untuk menyertai PPBM
Dan diucapkan selamat datang kepada Encik Geogre dan orang orangnya yang telah bertindak bijaksana menyertai Parti BERSATU/PPBM selepas menilai kepimpinan Datuk Nizam Ab Titingan 👍