Hanya Parti dan NGO Bangang Yang Menyokong Penunjuk Perasaan

Ada pihak yang terdiri daripada parti politik dan NGO marah bilamana pihak polis bertindak ke atas penunjuk perasaan yang bertujuan untuk menghalang peraturan SOP Covid-19.

Beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengecam tindakan polis yang menahan enam aktivis kerana mengadakan demonstrasi di Kampung Muhibbah Raya, Tawau.

Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi berkata, penahanan kesemua individu terbabit membuktikan kerajaan hari ini tidak menghormati hak kebebasan bersuara rakyat.

”Selain itu kerajaan juga dilihat gagal dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang mampu mengekang penularan Covid-19 bagi menjaga kebajikan rakyat.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Adakah patut kerajaan yang bersusah payah menguatkuasakan peraturan pula yang dipersalahkan. Lepas itu mengeluarkan kenyataan kononnya kerajaan ini gagal menguatkuasakan peraturan walhal mereka sendiri menyokong penunjuk perasaan yang bertujuan menghalang peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan itu sendiri. Apa punya banganglah. Hemmm!

Ini semua adalah permainan politik pembangkang yang tidak bertanggungjawab.

Sedangkan penguatkuasaan dijalankan bagi mengekang penularan covid-19 di kalangan rakyat Sabah, ini motif penguatkuasaan. Adakah ia salah?

Kamu orang belum terkena jangkitan covid19 bolehlah kamu cakap mengada-ngada, cuba kamu tanya keluarga yang pernah dijangkiti covid-19, apa perasaan mereka siapa yang mereka persalahkan.

Tidak lain tidak bukan parti Warisan lah sebab membubarkan DUN. Sekarang yang rajin menunjuk perasaan ialah penyokong Warisan. Apa punya banganglah.

Admin bersetuju sekiranya penunjuk perasaan itu dikenakan kompaun sehingga 10 ribu ringgit seorang. Ingat ini adalah soal kesihatan yang tidak boleh dijual beli.

Kamu tengok apa berlaku di negara India, keluarga pesakit merintih meminta pertolongan, akibat kesakitan yang dialami oleh ahli keluarga mereka yang telah dijangkiti Covid-19. Bagaimana sekiranya hal itu berlaku pada keluarga atau diri anda. Waktu itu siapa yang anda persalahkan. Adakah penunjuk perasaan itu sanggup bertanggungjawab?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.