Hari Ini Kes Najib Di Dengar Di Mahkamah Rayuan

Sebelum itu mari kita doakan seadanya atau sebaiknya terhadap Najib Razak. Kerana hari ini adalah hari pertama pendengaran rayuannya di Mahkamah Rayuan. Berkenaan hukuman yang telah dikenakan ke atas dirinya.

Kalau memang Najib tidak bersalah, maka doakan semoga dia terlepas. Jika sebaliknya maka doakan supaya Najib redha menjalani hukuman penjara yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Pada 28hb Julai 2020 Najib Razak telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Dan Najib telah dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Najib telah mengemukakan 307 alasan dalam rayuannya ini, tentang mengapa dia harus dibebaskan dari hukuman itu. Antara alasannya bukan kerana bukti atau fakta yang telah dikemukakan dihadapan hakim Mahkamah Tinggi. Tetapi kerana Najib merasakan dia tidak diadili secara adil dan saksama.

Najib pada masa ini dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta berserta dua penjamin sementara menunggu kes rayuannya selesai.

Mahkamah Rayuan sebelum ini telah menetapkan 3 peringkat tarikh bagi mendengar rayuan Najib Razak. Itu bermakna tempoh rayuan rajin berakhir sehingga 22 April. Selepas tarikh akhir ini barulah keputusan rayuan Najib diketahui ataupun diputuskan oleh hakim Mahkamah Rayuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.