KUCHING: Ketua Menteri Abang Johari Openg hari ini menyatakan sokongan penuh kerajaan negeri Sarawak terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin negara ini.
Abang Johari, yang juga ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS), berkata gabungan pemerintah negeri itu mempunyai kepercayaan terhadap kepemimpinan Muhyiddin sambil menekankan pentingnya menjaga kestabilan nasional.
“Saya percaya bahawa jika negara kita stabil, kita akan dapat menghadapi cabaran yang lebih besar setelah ini,” katanya ketika berucap pada pertemuan khas antara perdana menteri dan pegawai negeri Sarawak dan penjawat awam persekutuan, di sini, hari ini.
Muhyiddin tiba di Sarawak pagi ini untuk lawatan rasmi dua hari.
Abang Johari juga memuji perdana menteri atas usahanya dalam menangani pandemi Covid-19 dan menyifatkannya bijak dalam menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh wabak tersebut.
“Kerjasama antara kerajaan Sarawak dan persekutuan sangat erat, dan begitu juga hubungan antara kedua-dua pegawai awam di negeri ini,” katanya.
GPS, yang terdiri daripada empat parti politik tempatan yang membentuk kerajaan negeri, kekal sebagai rakan kongsi Perikatan Nasional (PN) dan membantu membentuk kerajaan persekutuan tahun lalu. Ia sebelum ini menyokong pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Empat parti itu ialah Parti Pesaka Bumiputra Bersatu, Parti Bersatu Rakyat Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif. Keempat-empat parti itu sebelum ini merupakan sebahagian daripada Barisan Nasional (BN).
Dengan kejatuhan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018, keempat-empat parti itu meninggalkan BN dan membentuk GPS pada bulan berikutnya.
Ngam juga berita ni kebetulan semalam setengah penyokong Warisan dan penyokong UMNO mengongsi artikel yang bertentangan dengan berita ini. Kononnya kerajaan Negeri Sarawak akan bertindak meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional atas sebab, ciptaan laskar pembangkang. Hahaha!
Entah apa dalam fikiran mereka, rakyat mahukan UMNO terus setia dalam Perikatan Nasional tapi laskar laskar itu berfikiran sebaliknya. Tolol lah tu kan, perasan UMNO telah diterima oleh rakyat Malaysia. Mudah lupa diri, macam perangai penjahat. Hahaha!
Sempat jugalah admin membalasnya bahawa antara parti yang diharamkan di bumi Sarawak ialah Parti UMNO. Ini kerana pagi mereka cakap lain petangnya bercakap lain. Begitu juga bila kantoi, paginya kantoi petangnya mereka cipta lagi cerita baru, begitulah hingga bila bila.
Kamu kalau teringin sangat mengambil fakta benar dari UMNO ambil kenyataan yang mula mula keluar dari mulut mereka. Itulah yang benar dan tepat. Selepas itu pasti semuanya auta. Seperti contoh kenyataan Ahli Parlimen Arau, Sahidan Kassim dalam satu rakaman video, jelas Ahli Parlimen itu akan meninggalkan UMNO Pusat sekiranya UMNO Pusat berkeras untuk memutuskan kerjasama dengan PPBM (Bersatu). Tidak lama selepas itu para laskar dan pemimpin UMNO membuat kenyataan yang sebaliknya seolah Ahli Parlimen Arau itu takut dan berbohong. Terakhir Arau membuat menegaskan hal yang sama semasa berada di Perhimpunan UMNO 2020. Bahawa sanggup disisihkan sekiranya UMNO meneruskan hasrat untuk tidak berkerjsama dengan PPBM. Nampak tak? (Lebih kurang begitulah)
Maka adalah hal yang mustahil sekiranya Kerajaan negeri Sarawak meninggalkan Kerajaan Perikatan Nasional dan berkerjasama secara total dengan UMNO. Shame on you lah. 🤭
1 komen