Jawatan Perdana Menteri Hanya Untuk UMNO 🤮

Timbalan Presiden UMNO Malaysia Mohamad Hasan menegaskan jawatan Perdana Menteri hanya layak disandang oleh UMNO. Mohamad Hasan berkata demikian sempena perhimpunan Agung UMNO 2020.

Mungkin kerana UMNO yang memerdekakan Semenanjung begitukah?

Bagaimana pula dengan Sabah dan Sarawak mereka dimerdekakan oleh parti tempatan?

UMNO jangan terlampau angkuh bodoh sombong, bikin sakit hati tau, semakin hari semakin tidak sedar diri. Orang lain pun terdesak juga tapi sebelum bercakap tu tengok juga kiri kanan. UMNO pada pilihan raya umum lepas telah ditolak oleh rakyat. Inilah bukti penolakan rakyat terhadap parti yang tidak jemu-jemu berlagak abang besar.

Itu pun katanya jika UMNO memenangi kerusi dengan memiliki jumlah terbesar pada pilihan raya umum ke 15.

Macam mana UMNO boleh mewakili jawatan Perdana Menteri sedangkan tidak pernah bertanding menggunakan lambang UMNO itu sendiri.

Begitulah muslihat UMNO dalam Barisan Nasional. Kalau bab memperkasakan parti yang diperkuatkan adalah parti UMNO agar sentiasa mengetuai parti parti komponen. Tapi bila bertanding tidak berani pula menggunakan lambang mereka. Kenapa begitu?

UMNO diharamkan di bumi Sarawak sebab kuali ni memang putar alam. Di Sabah pun UMNO akan menerima nasib yang sama. Kita tengoklah memandangkan ramai masyarakat Sabah yang berharap sekiranya UMNO bermusuh dengan Perikatan Nasional.

Yang ingin admin sampaikan dalam artikel ini ialah jika anda bekerjasama dengan UMNO maka semestinyalah jawatan Perdana Menteri diberikan pada mereka. Lihat apa yang berlaku hari ini, walaupun UMNO tumbang pada pilihan raya umum lepas tetapi bila berkesempatan menjadi kerajaan, mereka tidak sudah mencari kesalahan supaya jawatan Perdana Menteri diberikan kepada mereka. Punya lah gila kuasa.

Kalau mahukan jawatan Perdana Menteri Malaysia bertandinglah menggunakan lambang UMNO bukan menggunakan lambang BN atau dacing, takutkah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.