Ucapan Timbalan Presiden UMNO Keliru dan Memalukan – UMNO Titiwangsa

Pada hakikatnya Kepimpinan Tertinggi UMNO sedar mereka sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan yang memustahilkan mereka untuk bangkit menjelang pilihan raya umum yang ke 15 akan datang.

Para kepimpinan itu amat menyedari apa yang telah dilakukan oleh Zahid Hamidi dan Najib dan lain lain terhadap wang rakyat. Hingga mereka diheret ke muka pengadilan. Tapi dalam masa yang sama mereka juga menyedari UMNO di huni oleh ramai ahli yang tidak reti meletakkan harga diri sebagai insan manusia. Oleh sebab itulah ia tidak menjadi halangan bagi pemimpin UMNO untuk menganggap ahli UMNO sebagai pengikut yang bodoh dan tidak ada harga diri dan terbangsat.

Negara bangsa adalah soal kedua yang penting adalah parti UMNO. Allahuakbar politik yang menyesatkan.


Oleh – Imran Ahmad
Umno Titiwangsa

1. Sebagai ahli UMNO, saya agak kecewa dengan ucapan Timbalan Presiden UMNO pagi tadi yang sebenarnya penuh kekeliruan dan tidak berpijak di atas landasan realiti politik.

2. Menggunakan “sejarah” semata-mata sebagai akar memulakan idea dominasi UMNO dalam politik negara adalah biasa dalam ucapan pemimpin Umno di PAU, tapi itu satu kesilapan. Di gelanggang sendiri; perlukan kita UMNO menunjukkan rasa sombong, takabbur dan angkuh?

3. Timbalan Presiden UMNO membawa idea “pembaikan politik” (political correctness). Agak menarik, tapi apakah UMNO yang berketuakan seorang yang sedang didakwa dengan rasuah dan salah guna kuasa itu “politically correct”? Apakah UMNO yang dipandu oleh kluster mahkamah itu ‘politically correct”?

4. Hipokrasi Timbalan Presiden lebih jelas apabila mengatakan kemungkinan melakukan “pembaikan politik” ini selepas menang pilihanraya? Soalnya – menangkah UMNO jika rosak dan busuk dalaman tidak diurus sebelum PRU akan datang? Di mana asas “kepercayaan rakyat” yang Timbalan Presiden sebutkan?

5. Timbalan Presiden UMNO kena tahu dan faham; “sejarah” tidak menjanjikan kejayaan kepada UMNO. UMNO kita ini tidak akan berjaya jika menggunakan “sifir” bahawa UMNO ada track rekod cemerlang.

6. Apakah 1MDB, SRC, Yayasan Akal Budi – termasuk dalam track record UMNO yang cemerlang ini? Di mana keberanian “political correctness” bila tidak sepatah haram Timbalan Presiden menyebut tentang keperluan UMNO menjadi bersih dan berintegriti? Atau, bersih dan berintegriti bukan ciri “political correctness”?

7. Ucapan Mad Hassan ialah ucapan yang menjaga “kerusi” sebagai bakal Presiden UMNO/Perdana Menteri. Mad Hassan tak mahu terlepas daripada kemungkinan itu.

8. Sebagai ahli UMNO, saya anggap ucapan Mad Hassan sangat hipokrit, bernada angkuh dan tidak berpijak di bumi nyata. UMNO tidak mendominasi idea perpaduan. UMNO tidak perlu angkuh. Keangkuhan beginilah yang memulakan kejatuhan UMNO, dulu.

9. Janganlah kita jatuh dulu, kini dan selamanya kerana keangkuhan sendiri.

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.