Kalau UMNO Bertanding Disemua Kerusi, Bersatu Lawan Sampai Tumbang

Presiden parti PPBM atau Bersatu yang juga Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO Malaysia Muhamad Hasan yang bersikap angkuh. Ketika berucap merasmikan mesyuarat pergerakan sayap sempena perhimpunan agung UMNO 2020 di PWTC.

Merendahkan penyatuan yang cuba dibawa oleh Perikatan Nasional sebagai tidak layak. Untuk itu UMNO akan bertanding di semua kerusi menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Termasuklah pada kerusi UMNO yang kini diwakili oleh wakil-wakil rakyat Bersatu.

Dalam pada itu Presiden PPBM mengingatkan UMNO agar jangan terlalu angkuh dan ghairah bercakap soal agihan kerusi. Sebaliknya kalau UMNO meneruskan sikap angkuh mereka, maka tidak ada sebab kenapa parti PPBM hanya berdiam diri.

Pasti PPBM akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh calon UMNO dan akan bersaing sampai ada yang tumbang.

Ini politik, semua parti ada hak untuk bertanding. Tidak kiralah apa pertembungan itu akan melibatkan dua penjuru tiga penjuru lima penjuru atau berapa penjuru sekalipun.

Kita dengar pula apa jawapan UMNO selepas ini.

Tapi suka admin ingatkan supaya UMNO lebih berhati-hati kalau bercakap soal Sabah. Jangan sampai dimalukan buat kali kedua sejak UMNO tumbang pada pilihan raya umum yang ke 14. Kali pertama melalui keputusan pilihan raya Sabah 2020. Tidak sampai separuh yang dimenangi oleh UMNO dari keseluruhan kerusi yang disertai. Paling tragis dalam sejarah UMNO Sabah bilamana calon UMNO kalah kepada calon Bebas. 🤭

Satu artikel sebelum ini telah tersebar dan rata rata pembaca berpendapat mereka suka sekiranya UMNO menjadi musuh Perikatan Nasional di Sabah. Mereka amat menantikan saat itu.

Orang Sabah mengenali UMNO sebagai parti yang korup dan perkauman dan suka berlagak tuan. Mereka juga tahu UMNO lah yang bertanggungjawab mengubah perlembagaan hingga perjanjian Malaysia 1963 tidak lagi praktikal untuk dilaksanakan. Sakit hati orang Sabah bertambah bila UMNO tanpa rasa bersalah menjadikan Borneonisasi sebagai agenda UMNO di Sabah. Mereka kata mengolok-olok. Hahaha! (Jangan salahkan, admin ni hanya menulis berdasarkan pemerhatian. Malah lebih baik kamu berlapang dada supaya dapat mengurangkan sikap angkuh kamu tu)

Ada juga yang berpendapat UMNO ini tidak pandai pandai serik. Mereka sebelum ini bukannya menyokong Warisan sangat pun. Tapi kerana terlalu benci pada UMNO mereka sanggup mengundi Warisan. Begitu bha kan?

Kesimpulannya orang tamak selalu rugi. Dan belajarlah dari kekalahan sebelum ini.

Lawan tetap lawan. 👍

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.