Asyraf Cukup Cukuplah Hipokrit dan Memburukkan PN

Nampaknya Ketua Pemuda Malaysia ni semakin hipokrit. Hampir hari hari memburukkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) 👎

Dia kata dia tidak angkuh? Soalnya sudah berapa kali pemimpin komponen Perikatan Nasional membuat gesaan supaya ketua pemuda UMNO itu membuat permohonan maaf secara terbuka setelah memfitnah parti kerajaan, PPBM.

Fitnah pertama kononnya kerajaan Perikatan Nasional mengisytiharkan darurat atau PKP tapi dalam diam bersiap untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 15. Pemuda UMNO Asyraf merujuk pada satu rakaman video atau gambar yang menunjukkan bendera Perikatan Nasional sedang diproses.

Tuduhan itu telah disangkal oleh pemimpin pemimpin muda parti Bersatu dan mengesa Asyra agar membuat permohonan maaf secara terbuka. Tapi sehingga hari ini si Asyraf itu enggan membuat permohonan maaf. Sudahlah memfitnah angkuh lagi. Alahai!

Kedua Ketua Pemuda UMNO Malaysia bersedia untuk melawan PAS di Terengganu walaupun Terengganu dikuasai oleh PAS. Justeru itu pemimpin muda PAS telah membuat gesaan agar si Asyraf membuat permohonan maaf secara terbuka. Namun sehingga hari ini Ketua Pemuda UMNO itu tetap enggan membuat permohonan maaf. Sudahlah lemah sombong dan angkuh lagi. Hemmm!

Berbalik kepada dakwaan terbaru pemuda UMNO Malaysia, Asyraf bahawa mereka tidak menuntut jawatan dan tidak bersetuju dengan cadangan pemimpin UMNO agar jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada UMNO.

Hakikatnya kalau menurut Menteri Wilayah Datuk Annuar Musa.

Menarik..asraf terlupa BIRO POLITIK YG DIA ANGGOTAI YG MULA MULA MENUNTUT JAWATAN TPM…DAN SUA UMNO MENYAMPAIKAN HASRAT ITU PADA PM MELALUI VIDEO CONFERENCING…mudah lupa

Si Asyraf dalam temubual dengan Astro Awani juga memburukkan kerajaan Malaysia kononnya kerana Perikatan Nasional tidak stabil menyebabkan pelabur meninggalkan Malaysia dan melabur ke negara jiran Indonesia.

Tak kan Si Asyraf tidak tahu faktor yang menyebabkan pelabur berkenaan meninggalkan Malaysia, antaranya kerana kos operasi yang murah, terutamanya bab kos tenaga kerja. Pun begitu kenapa si Asyraf tidak mengangkat kehadiran tenaga kerja asing di dan dari Indonesia, kalau benar ekonomi negara jiran itu lebih makmur atau stabil.

Macam mana kerajaan Perikatan Nasional stabil pada mata UMNO kalau pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri mengkritik tidak sudah, walhal mereka adalah juga sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia cukup-cukup memburukkan Kerajaan Perikatan Nasional tu. Di Sabah UMNO masih bekerjasama dengan Perikatan Nasional dalam Gabungan Rakyat Sabah. Jadi lihat juga kearah ni jangan buat buat tidak ada. Nampak sangat tu UMNO Sabah ni tidak dihormati oleh kepimpinan tertinggi UMNO Semenanjung.

Kau ingat Asyraf, senang kah menutup skandal yang melibatkan wang rakyat yang diambil oleh pemimpin pemimpin UMNO. Baik di Semenanjung mahupun di Sabah. Sekarang, kau tambah lagi persepsi jelek masyarakat terhadap kamu dengan mengeluarkan kritikan yang mengada-ngada.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: