Sebab Kenapa UMNO Mengada-ngada Dalam Perikatan Nasional

Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa menggariskan beberapa sebab kenapa UMNO berpecah dalam Perikatan Nasional sekaligus sering mengeluarkan kenyataan yang mengada-ngada.

Pertama kekecewaan segelintir pemimpin UMNO tidak terpilih menyertai kabinet apabila UMNO kembali sebagai kerajaan. (tidak bersyukur walhal UMNO tumbang pada pilihan raya umum ke-14 tapi berpeluang membentuk kerajaan bersama Bersatu, malahahan kecewa. Persis perangai mangkuk hayun oh)

Pelantikan anak buah ke dalam kabinet dan bukannya pemimpin UMNO itu sendiri serta kes mahkamah yang tidak memihak pemimpin mereka. Menyebabkan mereka berpendapat kerajaan Perikatan Nasional tidak membantu supaya terlepas dari tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah (macam mana seorang pemimpin yang sudah lama, cemburu pada pemimpin pelapis yang sepatutnya didorong dan diberikan peluang. Sepatutnya perbuatan salah guna kuasa diserahkan saja pada Mahkamah untuk menentukannya. Nampak sangat selama ini UMNO memperalatkan konstitusi untuk kepentingan peribadi. Apa punya teruk oh, sikit sikit sudahlah)

Sebab lain kerana pertemuan sulit sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah bagi tujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional diikuti sumpah setia kepada ketua pembangkang Datuk Anwar Ibrahim pada 11 Oktober. Sekaligus melanggar sumpah UMNO yang tidak akan berkerjasama dengan PKR dan DAP (sumpah setia itu telah diturunkan melalui satu dokumen rasmi yang ditandatangani oleh Presiden UMNO dan surat itu telahpun tular namun niat busuk ini tidak menjadi kenyataan)

Pertemuan pada 17 Oktober 2020 yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO dan Pakatan Harapan disusuli beberapa perbincangan lain untuk menjatuhkan kerajaan. (juga menemui jalan buntu hingga menambah lagi kekecewaan UMNO maka semakin kuatlah mengada-ngada)

Dari sebuah kekecewaan menyebabkan mereka terfikir untuk memperalatkan Perhimpunan Agung UMNO sebagai medan untuk membatalkan jajaran asal yang telah berkali-kali diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO. (jajaran asal yang dimaksudkan ialah bekerjasama dengan Bersatu dan PAS dalam Perikatan Nasional atau Muafakat Nasional)

Akibatnya berlakulah pertembungan dua aliran pemikiran dalam kalangan pemimpin dan Bahagian-Bahagian UMNO. Maka tercetuslah jajaran baharu menggantikan jajaran sebelum ini yang condong kepada Pakatan Harapan.

Sebab itulah jangan ada yang merasa pelik bila terbaca kenyataan dari segelintir pemimpin UMNO yang sekejap-sekejap bertukar. Namun tidak dinafikan ada kalanya kenyataan itu tidak datang daripada mulut pemimpin UMNO itu sendiri setelah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak Presiden UMNO. Jadi kalau ingin mencari kebenaran dalam parti UMNO, ambil kenyataan pertama bukannya kenyataan selepas itu. 😅

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑