KJ Ingatkan Presiden UMNO Jangan Seperti Pegawai Najib

Menteri Sains Malaysia Khairy Jamaluddin atau KJ yang juga Ahli Parlimen Rembau. Mengingatkan Presiden UMNO agar jangan berlagak seperti pegawai kepada Najib Razak. Tapi berlagak sebagai seorang Presiden.

Susah juga mahu berlagak tu wahai KJ. Semakin berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku, semakin itu rakyat akan marah. Lebih baik duduk diam diam.

KJ mengakui mereka selaku ahli Parlimen ada menerima tawaran untuk meninggalkan UMNO tapi mereka masih setia pada UMNO.

Pun begitu mereka berharap pada pucuk kepimpinan parti UMNO agar jangan membuat keputusan yang tidak masuk akal. Seperti mengambil balik Najib sebagai pemimpin utama UMNO.

Maksud kegilaan itu apa bila mengulangi perkara yang sama untuk mengharapkan keputusan yang lain.

Maksud KJ, Najib adalah penyebab kepada kekalahan UMNO pada pilihan raya umum ke 14 jadi tak kan tidak serik lagi.

UMNO tidak boleh mengharapkan kemenangan sekiranya Najib masih dalam politik UMNO apa lagi mengangkat Najib sekali lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading