Tiada Siasatan Terpilih, Memang Xavier Berminat Menyertai PN

Lain pula pendapat politik Ahli Parlimen PKR Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail tampak tidak matang dan kebudak-budakan.

Mereka mendakwa sebab kenapa Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar keluar PKR dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional adalah kerana telah ditekan selepas siasatan terpilih oleh SPRM.

Sejak bila pula kerajaan Perikatan Nasional mengamalkan siasatan terpilih. Sejak ada ahli Parlimen PKR yang menyertai kerajaan Perikatan Nasional kah. Bagaimana pula dengan 3 Ahli Parlimen daripada Amanah yang menyertai PKR adakah mereka juga berhadapan dengan siasatan terpilih SPRM.

Dakwaan Saifuddin kononnya mereka sebelum ini telah didatangi oleh Dr Xavier Jayakumar. Bagi memaklumkan dia menjadi sasaran siasatan SPRM. Adalah dakwaan yang bias ini kerana dakwaan itu tidak keluar dari mulut Dr Xavier Jayakumar iaitu selepas orang-orangnya disiasat oleh SPRM. Itu bererti dakwaan Saifuddin itu hanyalah bertujuan untuk memburukkan kerajaan Perikatan Nasional.

Dr Xavier Jayakumar itu pun cerdik. Tujuan dia berjumpa dengan mereka sebelum mengisytiharkan dirinya keluar PKR dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional adalah supaya tidak dipandang serong. Walhal pada hakikatnya memang Ahli Parlimen Kuala Langat itu berminat untuk menyertai kerajaan Perikatan Nasional kerana berada di atas landasan yang benar demi kebaikan rakyat khususnya di kawasan yang diwakilinya.

Kalau kita lihat balik apa yang berlaku pada pemimpin-pemimpin PKR mereka sudah biasa keluar masuk penjara. Jadi tidak timbul persoalan keluar parti kerana disiasat oleh SPRM. Cuma kali ini kerajaan Perikatan Nasional memang telah meyakinkan semua pihak termasuklah Ahli Parlimen daripada pembangkang.

Kalau benar berlaku siasatan terpilih jadi kenapa walaupun Ahli Parlimen UMNO berada dalam kerajaan tetapi perbicaraan keatas Najib dan Zahid serta Ahmad Maslan di Mahkamah tetap dijalankan walaupun kepimpinan UMNO mengugut akan meninggalkan kerajaan jika perbicaraan diteruskan. Kenapa?

Tolong jawab dulu wahai pemimpin dan jentera Pakatan Harapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.