PAS Pelacur UMNO Pula Perompak

PAS parti pelacur begitu gambaran yang diberikan oleh pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Hanya kerana PAS beberapakali mengalihkan sokongan keatas parti tertentu.

Bukan hanya sanggup menggambarkan PAS sebegitu rupa tetapi Ku Li juga menegaskan sewajarnya PAS ditumbangkan dalam pilihan raya umum Ke 15 yang akan datang.

Sebenarnya apa yang berlaku ni. Sampai terkeluar hasrat dan perkataan yang tidak senonoh terhadap kawan yang duduk dalam rumah Perikatan Nasional ni. Alahai!

Entahlah tapi UMNO ni memang sinonim dengan perkataan yang lucah bukan hanya melalui perkataan tapi juga melalui tingkah laku yang lucah. Pemimpin UMNO yang menggunakan simbol ini 🖕 pun ada. Tak percaya pergi Google.

Bayangkan kalau pemimpin tertinggi pun sanggup mengeluarkan perkataan jelek seperti itu. Bagaimana pula perkataan mengada-ngada yang tersembur dari penyokong mereka yang ada di peringkat akar umbi dan pertengahan. Susah mahu cakap, pastinya peti sejuk pun boleh terbang. Hahaha!

Admin ni ahli kepada berpuluh-puluh puluh-puluh group berpolitik baik group itu pro UMNO mahupun pro Warisan.

(Warisan pun apa kurangnya dia punya jentera kalau mengomen macam orang yang tidak pernah sekolah. Memang kurang ajar dan biadap tapi bila kau balas dibilangnya pula kita yang biadap. Kononnya bahasa melambangkan jiwa atau keperibadian seseorang. Mangkuk hayun dan hipokrit nak mampus. Hahaha!)

Berbalik pada kata nista Ku Li itu. Ku Li juga mendakwa PAS tidak boleh dipercayai untuk membantu UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang kerana PAS sebahagian daripada Perikatan Nasional.

Cuba tanya pada diri sendiri, parti mana yang pemimpin utamanya sedang didakwa di Mahkamah kerana salah guna kuasa. Adakah Parti UMNO atau Parti PAS. Jadi siapa yang tidak boleh dipercayai ni.

Bolehkah keadilan dituntut dari pihak yang sanggup mengambil wang rakyat dengan cara menipu. Iaitu walaupun tidak membina sebarang prasarana untuk kebaikan rakyat tapi mendapat keuntungan wang berjuta. Boleh kah?

Ilmu hisab UMNO ni memelikkan. Pada mereka menukar sokongan parti adalah pelacur tapi mengambil wang rakyat adalah pejuang. 🤭

Cukup-cukuplah berbalah sesama sendiri tu. Supaya tidak mengundang kritikan pedas dan berasas daripada rakyat.

2 comments

  1. 😃😃😃..begitulah mentaliti org org politik ini..mereka suka gambarkan parti ITU adalah manusia..dasar jantan jantan kebereet..mereka punyalah menghina seolah tidak sedar bahawa tiap tiap parti ITU.. ada tuan puan yg menjaganya..lagipun yg buat onar jelik nie..bukannya anak muda armada PNPPBM..kdg tu..ada di antara mereka suka juga..lekeh peleceh org org muda kita..sebenarnya..tidak tenteram jiwa jiwa mereka apabila sisi gelap yg buruk mereka perbuat selama ini mula dinoktahkan oleh kita semua..selama ini apa yg mereka yg ramai kenali ..sudah tahap..better take your rest..terus terang andai sekadar berapi sakan konon mahu bela nasib bangsa…apa jadi..oleh ITU kita mmg tiada pilihan..cuma tiada ITU asyik balik muka yg sama..benar bosan..akhirnya..kita juga manusia..dan sebagai Muslim.. kita ada Allah swt..terus bertekad berpegang paling diyakini dipercayai…jarang ianya buat kita rasa tak best..apa lagi dapat juga lebih kenali manusia yg mcm kita juga..hairan yea..d’malaysia seolah pemalas sungguh selesaikan hal hal hangit nie..paling kelakar…org org yg sudah tahap umur tua namun jarang amat mau dilihat nampak bijak cerdik..almost dumm dummm..mmg mereka tak tahu malu pada kita semua yg masih di pertengahan usia yg akan capai juga umur tua..😁

    Like

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.