
Puad Zarkashi terus dihalang oleh Mahkamah dari melontarkan cerita dongengnya di Facebook. Bukan hanya dongeng tapi fitnah dan andaian semata-mata. Kalau andainya selama ini ada yang terbukti benar tahanlah sikit tidaklah kita merasa rugi hanya kerana membaca postingnya tapi sayang hampir tidak ada satu pun yang terbukti benar. Buang masa. Hahaha!
Sebelum ini peguam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat injunksi dimana Puad Zarkashi dilarang membuat posting di Facebook selama tempoh 21 hari dari tarikh yang dikeluarkan.
Hari ini pihak Mahkamah sekali lagi mengeluarkan arahan agar Fuad Zarkashi tidak memuat sebarang hantaran di Facebook sehingga saman fitnah terhadap dirinya diputuskan.
Puad Zarkashi di saman fitnah RM10 juta rentetan fitnahnya terhadap Perdana Menteri yang kononnya enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke negara jiran Indonesia.






















Leave a Reply