Naib Presiden PKR Keluar Sokong Kerajaan Perikatan Nasional

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar mengistiharkan dirinya keluar daripada parti PKR dan menyertai atau menyokong kerajaan Perikatan Nasional atau kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Ada beberapa alasan utama yang menjurus kepada tindakannya itu. Iaitu berhubung keharmonian rakyat yang menjadi keutamaan untuk diselesaikan dengan sebaiknya.

Justeru menjadi satu keperluan bagi semua pihak termasuklah dirinya selaku Ahli Parlimen untuk menyokong kerajaan yang sedang berusaha membendung pendemik Covid-19, mencipta peluang pekerjaan dan mendapatkan dana untuk membangun balik ekonomi negara.

Manakala untuk program vaksinasi ia memerlukan sekurang-kurangnya 18 bulan untuk diselesaikan. Ini juga menuntut kerjasama yang baik.

Rakyat memerlukan kestabilan dalam usaha memulihkan ekonomi yang sakit. Oleh itu perlu ada kerjasama bukannya menentang satu dengan yang lain.

Walaupun selepas ini beliau bukan lagi Ahli Parlimen daripada parti PKR tetapi dia berjanji akan terus berkhidmat untuk kawasan yang diwakilinya dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional sebagai Ahli Parlimen Bebas.


Inilah buktinya kerajaan Perikatan Nasional berada di atas landasan yang benar demi keharmonian rakyat tanpa mengira jenis bangsa agama dan fahaman politik ialah sebelum ini sudah ada empat wakil rakyat daripada PH keluar menyokong Kerajaan Perikatan Nasional. Masing-masing dua dari DAP dan PKR.

Di Sabah begitu juga wakil rakyat Sebatik dari parti Warisan keluar menyokong kerajaan negeri Sabah, Gabungan Rakyat Sabah atau Perikatan Nasional di peringkat persekutuan.

Memperkasakan agensi agensi kerajaan adalah satu tanda besar yang kerajaan itu benar-benar ingin berkhidmat kepada rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.