
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjanji akan membantu UMNO untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), asalkan parti itu tidak meletakkan calon-calonnya di kawasan yang ditandingi Bersatu. Dengan cara berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Rosol Wahid berkata, pertembungan tiga penjuru tidak akan berlaku, malah sokongan Melayu tidak berpecah, sekali gus kemenangan akan berpihak kepada Muafakat Nasional.
Betullah tu buat apa nak kacau kedudukan Bersatu (PPBM). Tidak bermakna bila kerusi PPBM yang dimenangi atas tiket UMNO maka pengundi dikawasan itu akan terus mengundi parti UMNO. Sebab kalau memang benar kemenangan calon UMNO totally dipengaruhi oleh faktor parti, habis itu kenapa UMNO tumbang pada PRU yang lepas khususnya di Semenanjung? Di Sabah tidak!
Menang atas faktor parti UMNO adalah mitos politik yang selama ini berjaya mengaburi pengundi di kampung kampung. Itu dulu hari ini orang kampung jauh lebih cerdik.
Warisan yang baru ditubuhkan pun berjaya mengalahkan ramai calon UMNO pada pilihan raya umum yang lepas. Walau pun masih gagal mengalahkan BN yang masa itu diketuai oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.
Kemenangan calon Bersatu di pilihanraya negeri Sabah baru-baru ini juga menunjukkan parti bukannya kriteria yang diutamakan oleh pengundi. Walhal calon-calon utama parti Bersatu asalnya daripada UMNO.
Apa lagi UMNO yang ada pada hari ini adalah parti yang tumbang pada pilihan raya umum 2018, tumbang kerana hilangnya kepercayaan rakyat terhadap pemimpin UMNO, yang terpalit dengan skandal penyalahgunaan kuasa. Ironinya orang-orang yang menjadi liabiliti UMNO berkenaan terus berkuasa sebagai pemimpin utama.
Kebetulan pula hampir hari hari portal berita mendedahkan perjalanan perbicaraan yang menunjukkan bagaimana wang itu diambil daripada rakyat.
Cerita mereka yang sering tular adalah seperti Zahid Hamidi dalam skandal Yayasan Akal Budi dan terbaru Azeez Rahim gagal mengugurkan 13 pertuduhan di Mahkamah yang melibatkan dua projek jalan raya dan pengubalan wang haram.
Najib jangan ceritalah memandangkan sudah pun dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah akibat skandal SRC. Sebab itulah kadang-kadang terfikir juga bagaimana mungkin Najib yang telah di jatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah masih lagi kenyataan politiknya diterima oleh ahli ahli UMNO walaupun tidak semua tapi ada.
Apapun berdasarkan prinsip Mahkamah semua orang berhak membuat rayuan walaupun telah didapati bersalah oleh Mahkamah. Admin hormati hak dan peraturan ini. (berlapik, bererti buat masa ini masih lagi admin menyimpan rasa hormat terhadap pemimpin UMNO)
Macam juga tu wakil rakyat daripada parti Warisan telah berulang kali keluar masuk mahkamah bagi menghadapi tuduhan salah guna kuasa. Tapi masih juga disokong oleh ahli Warisan. Bukan hanya disokong malah mendapat kemenangan di pilihan raya negeri 2020 mengalahkan calon daripada UMNO.
😁😁😁😁 .ituah perangai kita yg moden tapi tidak hilang tradisional dan tahu tertib sopan santun. yg kita lawan marah nie yg toksik toksid kuman jahat. hal di Sabah kerana dah negara m’sia. apa pun syukur alhamdulilah ..ada org mcm kau. yg tidak senget berpihak sebelah aja..terima kasih kawan..kita sama sama jaga. negara dan parti polis d’raja m’sia..fikir aja masa akan depan kita senua…yg kemudian akan ambil alih juga jpada beban tugas skr..sabar aja 😁
LikeLiked by 1 person