Rakaman Suara Zahid Rancang Berkerjasama Dengan DAP. Wow!

Ini kah rakaman mirip suara Presiden UMNO yang didakwa merancang untuk menghalalkan keberadaan parti DAP dan akan berjuang bersama-sama.

Kalau kita dengar perbualan itu seolah-olah Zahid memberikan arahan kepada dua pemimpin DAP agar membuat kenyataan Khas bertujuan membeli kepercayaan Melayu UMNO ataupun penyokong mereka.

Arahan ditujukan kepada Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming. Supaya membuat kenyataan media antaranya parti DAP mengakui Islam sebagai agama rasmi negara ini. Selebihnya kamu dengarlah sendiri.

Arahan sama diberikan ke atas seorang lagi pemimpin parti DAP, Anthony Loke mantan Menteri Pengangkutan Malaysia era kerajaan Pakatan Harapan.

Ada yang tertanya-tanya siapa sebenarnya yang mendedahkan rakaman suara ini. Pada hemat admin yang mendedahkannya ialah pemimpin DAP sendiri. Bila mana kerjasama mereka semasa menukar Menteri Besar Perak tidak menjadi kenyataan. Walhal sokongan melalui undi telah diberikan keatas calon Menteri Besar yang mewakili parti UMNO.

Ada juga yang berpendapat sebenarnya yang mendedahkan rakaman itu ialah orang orang Presiden UMNO itu sendiri bertujuan untuk menakut-nakutkan Perikatan Nasional.

Jauh ke depan perancangan Presiden UMNO ni. Diluar jangkauan jentera parti UMNO itu sendiri. Admin percaya apapun yang dilakukan oleh Presiden, ahli yang berada di semua peringkat tidak akan mampu menghalangnya. Setakat hangat bersuara di WhatsApp dan Facebook tapi tidak lebih daripada itu.

Ada juga sumber yang mendakwa rakaman ini dibuat semasa perjumpaan Presiden UMNO dengan ahli Majlis Tertinggi UMNO di Janda Baik. Dimana ketika itu Presiden UMNO sedang menjelaskan perancangannya. Kalau dakwaan sumber itu sahih jadi kenapa lagi ada pemimpin-pemimpin UMNO yang berani membuat kenyataan yang bertentangan kononnya mustahil bagi parti mereka untuk bekerjasama dengan parti DAP. Iyalah tu.

Akhirnya yang terbukti benar dan teraniaya hingga dipinggirkan oleh Presiden UMNO ialah Menteri Wilayah, Annuar Musa. Padan pun sehingga hari ini tidak ada satu pun pihak yang mewakili Presiden UMNO Zahid Hamidi pergi membuat laporan Polis agar kebenaran dapat dibongkar melalui siasatan pihak Polis keatas Annuar Musa dan Zahid Hamidi itu sendiri.

Soalan cepumas sejauh mana agaknya orang Melayu akan menolak parti yang bekerjasama dengan DAP. Maksud admin Melayu UMNO lah bukannya pengundi Melayu atas pagar.

Soalan cepumas kedua sejauh mana agaknya ahli-ahli UMNO percaya pada ketulenan rakaman ini atau menafikan yang suara itu bukannya Presiden mereka. Kita tengok dengar apa komen.

Sudah elok ada Perikatan Nasional sebagai platform untuk menyatukan pengundi-pengundi Melayu dan Bumiputera. Mahu lagi mengharungi jalan yang berliku, macam saja pemikiran pengundi di Malaysia ini tidak berkembang. Lucu!

Lucu, tengok langkah salah yang diambil oleh parti Warisan bila bekerjasama dengan DAP. Hari ini kalau Warisan sekali lagi bercakap soal borneonisasi pasti orang Sabah akan menyampah. Sedangkan parti DAP steady saja malah dengar khabar walaupun dinafikan oleh DAP Sabah sedang dalam perancangan untuk menerbitkan agenda bumiputera di negeri ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.