Kenyataan Media Bersatu Pasal UMNO Tidak Berkerjasama Dengan PN Pada PRU15

Kenyataan balas Parti Bersatu berkaitan surat daripada UMNO yang menyatakan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu atau Perikatan Nasional pada pilihan raya umum yang akan datang. Seperti di bawah.

Semalam Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa ada menegaskan. Sekiranya hasrat UMNO ini menjadi kenyataan maka yang akan menanggung rugi adalah mereka. Justeru Annuar mendesak Presiden UMNO agar menunjukkan kesungguhannya, sejauh mana UMNO ingin meninggalkan Perikatan Nasional. Memandangkan bilangan Ketua Ketua Bahagian UMNO yang bersetuju dengan cadangan itu tidak konsisten, angkanya berubah-ubah. (Lebih kurang begitulah konteksnya)

Pada admin kan UMNO atau panggilan komersialnya BN tidak lagi relevan di Sabah dan Sarawak. Bayangkan parti yang baru berumur setahun jagung boleh diterima oleh pengundi hanya kerana mereka memburukkan atau menghentam UMNO, begitu mudah.

Kalau orang kampung bertanya kenapa UMNO meninggalkan Perikatan Nasional jawapannya mudah sebab pemimpin pemimpin UMNO yang didakwa di Mahkamah cuba menyelamatkan diri. Sekurang-kurangnya bila mereka memegang jawatan Perdana Menteri, waktu itu pemimpin UMNO yang sedang dipenjarakan boleh dibebaskan.

Propaganda UMNO Sabah ada diberikan autonomi. Propaganda ini mudah dipatahkan oleh pembangkang sebab UMNO ni terkenal dengan istilah walah pada Presiden atau Pemimpin atasan. Tapi ada juga yang menyangkal bukan kerana walah tapi kerana dedak. Pada admin biasalah tu, pun pemimpin UMNO dibicarakan di Mahkamah kerana dedak.

Sekiranya Warisan bekerjasama dengan UMNO maka tololly Warisan akan ditolak oleh sebahagian besar pengundi KDMR, waktu itu GRS semakin kuat. Begitu juga yang akan berlaku di Semenanjung oleh kerana DAP adalah sekutu kuat Warisan maka kesannya UMNO akan ditolak oleh sebahagian besar pengundi Melayu.

Apa pun sebagai personal blogging, saya lebih suka jika UMNO setia atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional menjelang pilihanraya umum yang akan datang. Tapi kalau tidak boleh dielakkan apa boleh buat.

KENYATAAN MEDIA

1. Mesyuarat Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) petang semalam yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membincangkan berkaitan surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari 2021 kepada Presiden BERSATU berhubung keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Februari 2021 di Janda Baik, Pahang.

2. Dalam hal ini, Biro Politik mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi UMNO seperti berikut:-

i. Tiada kerjasama dengan BERSATU dalam PRU-15; dan

ii. Kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran parlimen.

3. Sehubungan itu, Biro Politik mengambil ketetapan bahawa pendirian BERSATU akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BERSATU pada petang ini, 4 Mac 2021 (Khamis) dan pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional yang lain iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN.

4 Mac 2021, Petaling Jaya

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.