KM Hajiji Hadiri Taklimat Keselamatan Pada Wakil Wakil Rakyat

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menghadiri Program Taklimat Keselamatan kepada Wakil Rakyat Negeri Sabah (Program Vaksinasi Kebangsaan) di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.


Dalam ucapannya, Hajiji menggesa Wakil Rakyat agar mengetahui isu-isu berkaitan keselamatan, selain isu ekonomi, pembangunan, pendidikan dan lain-lain.

“Sebagai pemimpin di kawasan masing-masing, kita perlu tahu hal ehwal keselamatan di kawasan kita dan juga hal ehwal keselamatan di negeri kita.”

“Supaya kita sentiasa “alert” akan wujudnya ancaman keselamatan (security threat) dan ancaman wabak penyakit di dalam negeri kita”, tegasnya.


Beliau yakin Wakil-Wakil Rakyat yang menghadiri program taklimat itu telah mendapat “first hand information” berkaitan isu-isu keselamatan di Sabah daripada Pesurujaya Polis Sabah dan Pengarah Kesihatan Negeri.


“Kerana di bahu merekalah terletak tanggungjawab besar dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat sentiasa terpelihara”, katanya.


“Kita perlu sentiasa berjaga-jaga untuk mengekalkan ketenteraman, keamanan dan kemakmuran negeri Sabah tercinta.


“Disamping berjaga-jaga dengan wabak penyakit yang melanda. Vaksin yang diperlukan sudah tiba di Sabah. InsyaaAllah, kita akan edarkan ke seluruh negeri untuk proses vaksinasi frontliners dan setiap rakyat”, tambah Hajiji.


Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Sr Haji Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato Dr.Zulkapli bin Mohamed dan jemaah menteri negeri.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.