Sabah Selaras Dan Koordinasi Projek Dari Persekutuan Agar Cepat Teratur

Siaran Media
16 Februari 2021

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Pewujudan Projek Persekutuan negeri Sabah bagi memastikan penyelarasan dan koordinasi pelaksanaan projek Persekutuan dapat dibuat dengan lebih teratur serta cepat.

Keputusan itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah yang pertama pada tahun ini, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini hari ini.

“Mesyuarat hari ini bersetuju untuk mewujudkan jawatankuasa khas ini yang dilihat amat baik bagi menangani atau mengurangkan kelewatan projek disiapkan di negeri ini. Projek sakit atau tamat tempoh adalah sesuatu yang amat merugikan rakyat di kawasan yang terbabit.

“Bentuk jawatankuasa ini nanti akan diperhalusi dan diperincikan agar ia benar-benar berkesan serta mencapai objektif penubuhannya.

“Saya juga berharap pengwujudan jawatankuasa itu akan dapat mengenal pasti isu atau perkara yang menjadi halangan pada peringkat awal, sekali gus dapat diselesaikan,” katanya.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor; Pengarah Pembangunan Negeri Sabah, Noor Alam Khan A Wahid Khan dan Pegawai Kewangan Persekutuan, Sabah, Alan Abdul Rahim.

Mesyuarat secara maya itu turut disertai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan Datuk Dr Joachim Gunsalam; barisan menteri Kabinet negeri serta pegawai kanan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri mahu jabatan atau agensi yang terbabit mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan dan menyiapkan semua projek yang lewat seperti pembinaan sekolah, hospital dan bekalan elektrik serta air luar bandar di negeri ini.

“Saya meminta kerjasama dan koordinasi antara agensi kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dipertingkatkan dalam usaha mempercepatkan perlaksanaan projek atau program kerajaan di Sabah,” katanya.

Beliau turut meminta mana-mana projek yang lewat disiapkan daripada jadual agar dipercepatkan kerana kelewatan dałam melaksanakan projek yang telah diluluskan hanya merugikan rakyat dan kerajaan selain akan meningkatkan lagi kos.

Dalam pada itu, Hajiji meminta jawatankuasa MTPNg memastikan peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan dapat dibelanjakan sebaiknya untuk pembangunan di negeri ini.

“KIta mahu peruntukan dapat dibelanjakan sepenuhnya bagi memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat. Kita tidak mahu timbul isu peruntukan terpaksa dikembalikan kepada Pusat kerana tidak dapat dibelanjakan,” katanya.

TAMAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.