Puad Zarkashi Kantoi Memfitnah Perdana Menteri. Memalukan

Puad Zarkashi ni kalau sudah muncul ada saja matlamatnya yang buruk keatas kerajaan Perikatan Nasional. Yang penting buruk walaupun tidak ada asasnya dan akan diiyakan secara berjemaah oleh laskar UMNO.

Apa punya perangailah kau Puad. Walaupun kenyataanmu telah berulang kali dibuktikan sebagai satu fitnah tapi tidak jadi jemu jemu kau membuat kenyataan seperti itu. Dalam masa yang sama juga orang ramai sudah berulang kali mendedahkan latar belakang politik mu sebagai seorang pemimpin UMNO yang dibenci dan gagal sekaligus ditolak oleh ahli UMNO Batu Pahat.

Ini bukan kali pertama Puad membuat kenyataan fitnah dan menghasut rakyat agar membenci kepimpinan kerajaan.

Terbaru Puad Zarkashi mendakwa Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan dikurantin 10 hari oleh KKM. Menyebabkan berlaku kekecohan di lapangan terbang Subang.

Sebab itulah kalau menurut Puad ini, memaksa Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen UMNO mengeluarkan surat arahan.

Semua Menteri yang balik dari luar negara hanya perlu di kuarintin tiga hari. Tidak hanya itu dia juga memperleceh lawatan Perdana Menteri ke negara jiran Indonesia, sebagai tidak ada keperluannya.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya Perdana Menteri Malaysia sejurus tiba di Lapangan Terbang Subang. Telah bersedia dikuarantin selama 10 hari seperti mana orang kebanyakan dan pihak media Pejabat Perdana Menteri telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan kenyataan fitnah Puad Zarkashi itu.

Sekali lagi pula Paud Zarkashi telah memalukan dirinya akibat sikap dan pemikirannya yang dangkal dan tidak beradab.

Sultan pun tidak suka.

One Comment

  1. Hallo kawan yg diπŸ’– selalu..alhamdulilah syukur..inilah hikmah dibalik kejadian pekara..benar pekara ini juga yg merupakan puaka huduh yg mahu aku buang agar tidak bertali arus menganggu pekara yg baik jadi buruk seburuknya..itu sebab apabila anda seorang yg digelar pemimpin maka perlihatkan tindak laku perbuatan yg punya contoh teladan yg baik..sekiranya buruk perbuatan menjadi ratib individu tersebut maka apa berlaku..wahai manusia ..baliklah segera ke asal kamu..jikalau masih tidak kamu pedulikan..usah dikesali andainya tiada lagi si baik baik yg tinggal..allah swt itu mmg wujud..jgn sampai tiada yg sedar setelah byk sekali petunjuk petunjuknya yg diperlihatkan namun masih manusia manusia itu tidak hiraukan..inilah juga pekara yg selama ini Krjn sendiri tidak suka ia berlaku..sebab Krjn sendiri tertimpa aib pabila sebut ‘Krjn’..maka harus tanya siapa kamu maksudkan..byk manusia dlm urus tadbir urusannya..skrg PN ajar semua ..andainya manusia..maka fahamilah..atau sikap yg masih pelekeh pertikai itu jamuan kamu..maka siap sedia..nescaya terhumban kamu dari tempatnya.. dan ia mmg berlaku..tiada ampun..😊

    #Seram….grrrrrr πŸ€”

    Annaariff1972🌺🐝😊

    Liked by 1 person

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.