Kerajaan Negeri Salur 100K Pada Dun Pembangkang

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengumumkan peruntukan khas RM100,000.00 kepada 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata peruntukan khas kepada setiap seorang wakil rakyat pembangkang itu untuk membantu mereka menangani masalah di kawasan masing-masing berikutan penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

“Atas rasa penuh tanggungjawab, saya memberikan peruntukan khas ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Peruntukan ini adalah untuk membantu wakil rakyat pembangkang dalam usaha meringankan beban rakyat di kawasan masing-masing akibat pandemik ini.

“Pemberian peruntukan khas ini sejajar dengan usaha kerajaan GRS yang sentiasa mahu memastikan semua rakyat yang berdepan cabaran pandemik ini dapat dibantu dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Anak. Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Masyarakat Cina dan Ketua Kampung bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dan Pantai Dalit, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu); Pembantu Menteri Kewangan, Jasnih Daya (ADUN Pantai Dalit) dan Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Husain.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berharap peruntukan itu sedikit sebanyak dapat membantu memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan DUN yang dikuasai pembangkang.

Katanya, peruntukan khas yang membabitkan jumlah keseluruhan RM3.1 juta itu akan disalurkan secepat mungkin kepada semua ADUN pembangkang melalui Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

Mengenai majlis itu, Hajiji berharap semua yang baharu dilantik itu dapat membantu kerajaan dalam merealisasikan aspirasi rakyat dan bersama merancakkan pembangunan khususnya di Tuaran.

“Saya mengharapkan ketua adat yang dilantik dapat memainkan peranan dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, khususnya dalam memartabatkan Mahkamah Anak Negeri. Tingkatkanlah ilmu dalam bidang masing-masing agar dapat menjalankan tugas pengadilan dengan sebaiknya.

“Begitu juga kepada Ketua Masyarakat Cina dan ketua kampung yang telah dilantik agar dapat menjalankan tanggungjawab secara profesional tanpa mengira fahaman politik, kepercayaan agama dan bangsa di kawasan masing-masing.

“Sebagai pemimpin yang paling dekat dengan masyarakat, ketua kampung dan Ketua Masyarakat Cina perlu menjadi mata dan telinga kerajaan agar tahu setiap permasalahan penduduk di kawasan masing-masing, terutama ketika pandemik ini,” katanya.

Beliau juga meminta semua pemimpin di peringkat akar umbi ini akan bersama kerajaan untuk menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang dilaksanaklan selama lima tahun sehingga 2025 di negeri ini.

Hajiji turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 117 penerima membabitkan ketua anak negeri, wakil ketua anak negeri, ketua masyarakat Cina dan ketua kampung dari DUN Sulaman dan Pantai Dalit.


TAMAT


Dulu era kerajaan negeri Warisan jangankan membagi peruntukan dana pada Adun Adun pembangkang hanya untuk mendengar nasihat pembangkang pun tidak sanggup. Berbeza dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah yang diketuai oleh parti Bersatu (PPBM)

Kalau setakat mendengar nasihat biasa tidak melibatkan polisi kerajaan negeri, mungkin Ketua Menteri Shafie terimalah tapi itupun akhirnya akan menguntungkan parti Warisan.

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.