Adun Warisan Tidak Pernah Menerima Peruntukan Negeri Sabah? Bohong!

Aku tidak tahu dimana kenyataan sebelum ini yang mendakwa Adun Warisan  telah menerima peruntukan tapi tidak  digunakan mengurus kawasan masing masing.

Aku tidak nampak kenyataan tu dan siapa yang buat.

Tapi tiba tiba muncul penafian yang beriya iya dari barisan wakil rakyat Warisan. Lucu!

Kah mereka sendiri yang mencipta tuduhan   provokasi, dan mereka juga yang menafikannya, tujuannya untuk mengundang perhatian masyarakat.

Justeri penafian itu hanyalah taktik untuk melepaskan diri  dari dipertanggungjawabkan oleh pengundi. Apa lagi dalam keadaan sekarang  selain soal ekonomi yang tidak menentu,  kita juga sering terbaca laporan jenayah di bandar bandar  yang dilakukan oleh taiko taiko Cina hingga membawa persepsi buruk dalam masyarakat. Mereka membayangkan bagaimana jika Sabah hari ini ditadbir oleh Warisan, pasti kegiatan mereka akan lebih  mengerikan seperti mana di Sibu, Sarawak. Gengster bermaharajalela dan semakin sulit untuk ditangani. Orang kata kerana terlalu jahat dan berkuasa kegiatan jenayah mereka, merebak hingga ke Sabah. 

Selang  beberapa jam selepas membaca kenyataan wakil rakyat Warisan. Aku terbaca pula kenyataan yang cukup panjang di group whatapps.

Kenyataan itu menuntut kerajaan negeri supaya kononya berlaku adil semasa menyalurkan peruntukan termasuk pada pihak pembangkang.

Jadi ramai yang bertanya ni, semasa Warisan jadi kerajaan negeri Sabah. Pernah Shafie selaku Ketua Menteri  menyalurkan peruntukan kepada Yb Yb pembangkang? haram tiada. Tapi kenapa hari ini tanpa segan dan malu menuntut kebaikan sedangkan mereka sendiri adalah penjahat, kurang itu pandai pula berlakon sebagai mangsa keadaan. Pui!

Sungguhpun begitu pada penggal pemerintahan negeri yang lalu Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor yang terkenal berjiwa besar,   menyalurkan peruntukan kepada wakil wakil rakyat pembangkang sebanyak seratus ribu setiap DUN. Seperti link dibawah;

Kerajaan Negeri Salur 100K Pada Dun Pembangkang

Berbeza dengan sikap jelek politik Shafie Apdal, bukan. Banyak berbicara soal kebaikan tapi realitinya hati penuh dengan dendam kesumat.

Tahukah anda ini bukan kali pertama wakil wakil rakyat Warisan menyuarakan peruntukan yang kononnya tidak adil.

Sebelum ini MP Parlimen Munirah menyuarakan hal yang sama.  Tapi aku jawab secara fakta dan aku sertakan surat rasmi dari kerajaan Warisan yang membuktikan wakil rakyat pembangkang ketika itu dipinggirkan. Seperti link dibawah;

Warisan Yang Menindas Sebelum Ini Menuntut Peruntukan Tidak Dikurangkan

Yb Yb Warisan Cina saja yang tidak tahu, kalau sebelum ini bukan hanya pihak negeri yang menyalurkan peruntukan. Ada dikalangan Yb Warisan lain yang berurusan sendiri ke Federal meminta peruntukan, malangnya tidak dikenang malah menumbangkan calon PKR. Hahaha!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading