KM Hajiji Prihatin Pada Rakyat Yang Dilanda Bencana Banjir

KOTA KINABALU: Prihatin dengan rakyat yang dilanda bencana banjir di beberapa daerah di kawasan Pantai Barat, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini turun padang meninjau sendiri keadaan banjir dan melawat Pusat Penempatan Sementara (PPS) Banjir.


Pada sebelah pagi, Hajiji telah meninjau persiapan banjir di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tuaran di Dewan Seri Sulaman Tuaran dan melawat Kg. Kegayungan, Tuaran yang dilanda banjir.


Sementara pada sebelah petang beliau melawat PPS Banjir di Dewan Masyarakat Likas yang menempatkan 46 orang mangsa dari 7 keluarga.


Beliau kemudiannya meninjau keadaan banjir yang melanda pekan Donggongon, Penampang selain melawat mangsa banjir di PPS Kompleks Sukan Penampang yang menempatkan 52 orang mangsa dari 12 keluarga.


Selain diberi taklimat keadaan banjir yang melanda kawasan Penampang oleh Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj Ibrahim, Hajiji turut menyampaikan bantuan berapa barang keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat itu.


Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Ketua Bahagian BERSATU Penampang, Senator Datuk John Ambrose, Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Haji Johari Saiman, Ahli Majlis Daerah Penampang, Chong Pit Fah dan pemimpin masyarakat setempat.


Hajiji yang juga Menteri Kewangan telah mengarahkan Pegawai-Pegawai Daerah di kawasan yang sering dilanda banjir, agar mengaktifkan PKOB Daerah sebagai persiapan bagi membantu rakyat yang dilanda bencana alam itu.


Katanya, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersimpati dengan rakyat yang ditimpa bencana alam itu.


“Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan bantuan berbentuk makanan bermasak kepada semua mangsa yang telah dipindahkan ke PPS dan bakul makanan bernilai RM200.00 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).


“Selain itu, pihak NADMA juga akan mengagihkan wang ihsan berjumlah RM500.00 bagi setiap KIR. Perkara ini akan diselaraskan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pejabat Daerah yang terlibat”, katanya.


Sementara itu, Hajiji akan mengadakan lawatan ke beberapa daerah lain yang terjejas akibat banjir, esok.


Ketua Menteri juga meminta Urusetia Bencana Negeri sentiasa memaklumkannya situasi terkini banjir di Sabah.


-Tamat.


Caption Gambar:


1. Hajiji menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di PPS Kompleks Sukan Penampang.


2. Hajiji berbual mesra bersama kanak-kanak di PPS Banjir di Penampang.


3. Hajiji bertanya khabar keluarga mangsa banjir di PPS Penampang.


4. Hajiji diberi taklimat keadaan banjir di Penampang oleh DSP Mohd Haris Hj Ibrahim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.