Annuar Musa Menyekolahkan Ahmad Maslan Soal Kuasa Sultan dan Undang-undang Darurat

Ini kalilah Ahmad Maslan di sekolahkan selaku setiausaha agung BN dan baru baru ini mempersoalkan keintelektualan masyarakat kerana enggan mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat berbanding pemegang PhD katanya.

Sebelum ini Ahmad Maslan tampak mempersoalkan titah Yang di-pertuan Agong. Bilamana Ahmad Maslan memohon agar sidang Parlimen tetap diadakan walaupun dalam tempoh darurat.

YB Dato Sri Ahmad Maslan
SU AGONG UMNO
Malaysia

YB Dato Sri,

PROKLAMASI DARURAT DAN SIDANG PARLIMEN

Surat YB Dato Sri bertarikh 18/1/21 kepada Ahli Parlimen mengenai perkara di atas adalah di rujuk

Dukacita di nyatakan bahawa surat YB Dato Sri tersebut adalah satu kesilapan besar dalam mentafsirkan perkara berkaitan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 150(3) yg di rujuk, bermaksud untuk mengesahkan apa apa Undang Undang yg di buat secara pengistiharan (promulgation) semasa darurat, iaitu undang undang/ordinan yg dibuat tanpa persidangan Parlimen. Ia bermaksud perlu di bentang setelah darurat tamat, tetapi bukan di panggil untuk bincang keabsahan proklamasi darurat yg telah diistihar mengikut perlembagaan oleh DYMM SPB YANG DI PERTUAN AGONG.

YB Dato Sri seharusnya faham, setelah proklamasi di buat dibawah perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, parlimen tidak lagi bersidang. Parliament hanya boleh bersidang selepas tamat tempoh darurat(1hb Ogos 2021)

KAEDAH PERISTIHARAN DARURAT DAN PERJALANAN LEGISLATIF SEMASA DARURAT ADA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DGN CUKUP JELAS.

“Umno/BN MPs and other MPs CANNOT petition the King to undo what is constitutionally done.There is no legal provision for us to do so. There is no legal leg for us to stand on.Our actions are doomed to fail”

Selain dari itu,tindakan YB Dato Sri juga tidak pernah di bincang atau diputuskan oleh parti. Ia bercanggah sama sekali dengan kenyataan akhbar YB DS Presiden bertarikh 12hb Januari Para 1 yg menyebut:

“Umno menjunjung titah Tuanku SPB YDP AGONG yang memperkenankan PERISTIHARAN Dharurat dibawah perkara 150 Perlembagaan Persekutuan,sebagaimana nasihat YAB Perdana Menteri…..”

Kalau sudah “menjunjung titah” dan itu keputusan parti mengapa YB Dato Sri cuba membelakangi kenyataan resmi Presiden Parti?

Surat YB Dato Sri adalah suatu perlanggaran etika berorganisasi, menghina keputusan parti dan boleh di tafsirkan sebagai percubaan MENDERHAKA KEPADA DYMM SPB YANG DI PERTUAN AGONG.

Ia juga satu usaha jelas untuk terus bersekongkol dengan KETUA PEMBANGKANG DS ANWAR DAN DAP yg sebelum ini meminta perkara yg sama di lakukan oleh Ahli Parlimen.

Ini jelas bercanggah dengan ketetapan parti.

Justeru saya meminta YB Dato Sri menarik balik surat tersebut DAN SAYA TIDAK BERSETUJU SAMA SEKALI DENGAN TINDAKAN YG TIDAK “CONSTITUTIONAL” SERTA BERCANGGAH DGN DASAR DAN KEPUTUSAN MKT PARTI.

Dengan Hormatnya,

ANNUAR MUSA
P.026 KETEREH
19/1/21..12.30am

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.