Peter Anthony Diarahkan Hadir Ke Mahkamah Pada 24hb Februari

Naib Presiden parti Warisan, Peter Anthony telah diarahkan oleh Mahkamah agar hadir pada 24 Februari ini bagi sebutan kesnya.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Azura Alwi selepas timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Aladdin memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak pembelaan supaya kehadiran tertunda dikecualikan.

Si Peter juga diingatkan oleh mahkamah agar jangan lagi memanfaatkan kebaikan mahkamah.

Kurang ajar betul pemimpin yang tidak ada didikan sivik ni. Mentaliti picisan dan tidak reti diuntung.

Oh begitu ceritanya bukan seperti yang didakwa oleh jentera Warisan, kononnya kerana pemimpin mereka tidak bersalah maka sukar bagi SPRM untuk membuat pendakwaan.

Kesian totok totok Warisan ni mempertahankan perkara yang mereka sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Mereka tidak tahu kebanyakan pemimpin mereka adalah dari golongan orang orang yang berakhlak jelek atau terlalu tumbuh dari sumber yang syubhat, bukan hak mereka.

Sebutan kes pada 24hb Februari ialah berhubung perbuatan Peter Anthony selaku Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati yang telah memalsukan dokumen rasmi kononnya surat itu daripada Pejabat Naib Canselor UMS bagi tujuan mendapatkan projek membina Pusat Latihan Teknikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2014.

Perbuatan yang tidak senonoh atau tidak bermoral itu dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha sulit kepada Perdana Menteri di Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya pada 13 Julai 2014. Pendakwaan akan dibuat di bawah Seksyen 468 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sebelum ini iaitu pada 11 Jun tahun lepas Peter Anthony telah didakwa di mahkamah berhubung penggubalan wang haram lebih RM8.75 juta berkaitan pembelian tanah bagi pihak RISDA di daerah Tenom, Sabah. Selepas itu pada 18 Jun tahun yang sama sekali lagi didakwa di mahkamah atas pertuduhan bersubahat dalam kes pembelian RISDA bernilai RM15 juta.

Bagus sekiranya pihak mahkamah tidak meluluskan permohonan peguam Peter Anthony untuk memindahkan kes ini dari Mahkamah sesyen Kuala Lumpur ke mahkamah Seksyen Sabah. Biar dia turun naik dari Sabah ke Semenanjung.

Orang macam ini yang terpalit dengan banyak tuduhan salah guna kuasa boleh diangkat sebagai wakil rakyat atau pemimpin oleh Presiden Warisan. Betul-betul Warisan ni dihuni oleh pemimpin pemimpin dan pengikut yang naif dan bermoral rendah.

2 comments

  1. πŸ€”πŸ€”πŸ€” ..kita pun tahu ada laksana apa P ka pun..kes mahkamah must on time ..kita tak mahulah org org politik tak kira semenanjung atau bahagian sabah ..sarawak atau Labuan ..kes asyik tertangguh ..dah lah tu masih lagi pergunakan tag dlm parti..lepas tu komplot sama org lain ..kacau ganggu krjn PN..GRS atau GPS…yg anthony nie pun..bukan suka sama PPBM..kamik belum lupa ..apa dia bikin tempohari..apa pun peringatkan yg lain..kerja lah apa pun..hindari perbuatan salah laku yg sudahnya sendiri jugak kalut tak tentu arah..betul kan..πŸ˜„

    Annaariff1972_πŸŒΊπŸ‡ΊπŸ‡ΈπŸ’–πŸ’―πŸ˜Š

    Like

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.