Fenomena Air Pasang dan Banjir Besar – KM Hajiji

KENYATAAN MEDIA
YAB KETUA MENTERI SABAH
BENCANA BANJIR DAN FENOMENA AIR PASANG BESAR DI NEGERI SABAH


Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa bencana banjir yang berlaku di enam (06) daerah iaitu Kota Marudu, Pitas, Beaufort, Lahad Datu, Paitan, Kudat dan fenomena air pasang besar di daerah Kudat dan Kota Kinabalu.

Sebanyak 173 buah kampung dan seramai 841 orang mangsa yang terjejas telah ditempatkan di 16 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Sehingga pukul 4.00 petang tadi, jumlah mangsa telah berkurangan kepada 287 orang dan hanya tujuh (07) PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah yang terlibat telah menggerakkan seramai 635 orang anggota daripada pelbagai agensi dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir dan fenomena air pasang besar di kawasan yang terlibat.

Kerajaan juga menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan bantuan berbentuk makanan bermasak kepada semua mangsa yang telah dipindahkan ke PPS dan bakul makanan bernilai RM200.00 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

Selain itu, pihak NADMA juga akan mengagihkan wang ihsan berjumlah RM500.00 bagi setiap KIR. Perkara ini akan diselaraskan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pejabat Daerah yang terlibat.

Dalam menghadapi bencana banjir dan air pasang besar semasa pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri amat menitik beratkan agar semua pihak yang terlibat untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Kerajaan Negeri juga menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

YAB KETUA MENTERI SABAH 15 JANUARI 2021 | 6.00 PETANG

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.