222 Pemegang PhD Sokong Darurat Covid 19 Tolak PRU

Di atas inisiatif Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) yang saya adalah Presidennya, maka kami selaku 222 pemegang ijazah PhD dari seluruh negara seperti senarai di bawah:

(1) Merafak sembah takzim dan menyatakan sokongan penuh terhadap kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memberi perkenan terhadap keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif COVID-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu.

(2) Menyanjung tinggi keputusan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait selain memberi budi bicara kepada Jawatankuasa Bebas ini untuk mengesyorkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal daripada tempoh pelaksanaan darurat yang ditetapkan, sehingga 1 Ogos 2021.

(3) Menolak sebarang cadangan supaya PRU 15 dilangsungkan dalam waktu terdekat di samping mengecam sebarang usaha untuk memaksa PRU 15 dilangsungkan dalam waktu terdekat selaras dengan kegusaran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kenaikan mendadak angka jangkitan COVID-19 dan kesan bencana banjir di negara ini yang sekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan maka ianya akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara.

(4) Meminta semua pihak tidak mempersoal apalagi mencabar pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia hanya dibuat setelah Seri Paduka Baginda merundingkannya dengan Raja-Raja Melayu serta memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin, dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Bin Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Bin Harun; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Bin Salleh; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bin Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Haji Affendi Bin Buang.
Senarai 222 pemegang ijazah PhD yang membuat dan menyokong kenyataan ini:

222 Pemegang Ijazah PHD Sokong Pengisytiharan Darurat, Tolak PRU 15 Dalam Waktu Terdekat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.