Asyraf Kau Siapa Menghalang Kebebasan Rakyat?

Sejauh mana agaknya tahap pemahaman sistem demokrasi Ketua Pemuda UMNO Asyraf, bilamana dia mengesa supaya Bersatu berhenti daripada kononnya mencuri dan membeli ahli UMNO kalau mahu berkerjasama dengan mereka.

Semalam dia mendakwa Bersatu membayar sehingga RM100 kepada ahli UMNO yang menyertai Parti Bersatu sementara cawangan yang ditubuhkan diberi peruntukan 3 ribu hingga 5 ribu ringgit.

Walau bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful malah berkira-kira akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Asyraf.

Persoalannya dimana tahap pemahaman Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu terhadap sistem demokrasi. Demokrasi bermaksud bebas dan berhak membuat pilihan walaupun sebelum itu telah menyertai parti tertentu.

Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalihkan sokongan daripada satu parti kepada parti yang lain.

Dari konteks ini kerana besar kemungkinannya ahli UMNO berkenaan tidak dipedulikan oleh kepimpinan parti, baik diperingkat bahagian mahupun diperingkat cawangan. Apalagi kalau mereka itu dari golongan cerdik pandai pasti dianggap ancaman yang mampu menggugat kedudukan ketua bahagian atau cawangan pada ketika itu.

Rungutan seperti ini sudah biasa kita dengar sebab itu jugalah UMNO ditolak oleh masyarakat urban. Selain kerana faktor yang sinonim dengan UMNO iaitu sifat sombong dan angkuh dalam diri pemimpin tertinggi UMNO hingga mereka sebagai jentera parti hanya dipandang sebelah mata.

Kau ni Asyraf terlalu dangkal pula hingga mengekang kebebasan rakyat walaupun selama ini bermati-matian menyokong UMNO.

Berdekad UMNO menjadi parti pemerintah kerana sokongan yang diberikan oleh mereka tapi tidak kamu hargai. Apa kau ingat mereka itu barua kah?

Dari sebelum UMNO tumbang di pilihanraya umum sehinggalah hari ini menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional. Namun orang yang sama juga yang diberikan kedudukan baik di peringkat cawangan mahupun di peringkat bahagian. Walhal mereka telah pun terbukti gagal mempertahankan UMNO pada pilihan raya umum yang lepas.

Jadi kau ingat ahli UMNO yang tidak terpilih berkenaan terlalu bodohkah hingga tidak lagi mampu menentukan nasib diri mereka dalam politik.

Realitinya sudah dua pilihan raya, pilihan raya umum dan Pilihan Raya Negeri Sabah baru baru ini. Ternyata ramai di antara ahli UMNO atau yang masih berstatus ahli UMNO mengundi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan.

Jadi jangan berlagak diktator hingga hak memilih parti pun kamu yang tentukan. Kamu siapa, kurang ajar betul lah.

Oh ahli UMNO yang menyertai Bersatu bilang di beli tapi Wakil Rakyat PKR menyertai UMNO ok pula ya. Dunia dunia!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.