Kerajaan Sabah Lantik Dua Wanita Sebagai Peguam Sabah dan Datuk Bandar KK

SIARAN MEDIA

KOTA KINABALU: Pelantikan dua wanita untuk menerajui Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), membuktikan peranan dan kepemimpinan wanita terus mendapat pengiktirafan serta penghormatan daripada kerajaan Sabah.


Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, berkata kerajaan negeri Sabah sentiasa memberi peluang kepada wanita untuk menerajui jawatan penting di negeri ini.


“Ini (pelantikan wanita) adalah antara usaha kita untuk memastikan penyertaan wanita terutama pegawai yang ada pengalaman luas dalam jabatan atau organisasi masing-masing diberi pengiktirafan yang sewajarnya di negeri ini,” katanya pada majlis penyerahan Watikah Pelantikan Peguam Besar Sabah dan Datuk Bandar Kota Kinabalu yang baharu di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini hari ini.

Timbalan Peguam Besar Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dilantik sebagai Peguam Besar Sabah yang baharu manakala Ketua Pengarah DBKK, Noorliza Awang Alip dilantik sebagai Datuk Bandar Kota KInabalu yang baharu, berkuatkuasa Januari ini.

Hajiji menyampaikan watikah pelantikan itu kepada Nor Asiah dan Noorliza di Pejabatnya di PPNS di sini.

Yang turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.

Hajiji berharap dengan pelantikan itu, jabatan atau organisasi yang diketuai akan lebih cemerlang dan berdaya saing serta maju sejajar dengan slogan Sabah Maju Jaya.

“Saya merakamkan syabas dan tahniah kepada Nor Asiah dan Noorliza yang dilantik menerajui jawatan penting ini,” katanya sambil menambah kerajaan negeri sentiasa memberi peluang kepada orang muda dan profesional untuk sama-sama membangunkan negeri ini.

Sementara itu Nor Asiah yang memulakan kerjaya dalam bidang perundangan sejak 1995, dilantik sebagai Timbalan Peguam Besar Sabah pada 2018.

“Saya merakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan Sabah atas kepercayaan ini untuk menerajui jabatan ini (Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah. Banyak yang perlu dibuat di jabatan ini termasuklah mengemaskini dan menyemak semula beberapa undang-undang sedia ada, termasuklah undang-undang hak milik strata.

“Terima kasih juga kepada semua kakitangan dan pegawai di jabatan yang banyak membantu selama ini,” katanya sambil menambah pelantikannya itu berkuatkuasa hari ini.

Bagi Noorliza yang menjadi wanita pertama sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu menyifatkan pelantikkannya itu sebagai satu penghargaan daripada kerajaan negeri terhadap kepemimpinan wanita di negeri ini.

“Pelantikan ini membuktikan kerajaan negeri menghargai wanita dan turut diberi peluang dalam menerajui jawatan penting kerajaan. Pengiktirafan ini juga sudah pasti akan menjadi pemangkin dan meningkatkan semangat dalam kalangan wanita di negeri ini.

“Saya merakamkan terima kasih kepada ketua menteri dan kerajaan negeri atas pelantikan ini,” katanya sambil menambah memulakan tugas di Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK) sebagai Penolong Setiausaha MPKK pada 1996.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan watikah pelantikan Peguam Besar Negeri Sabah kepada Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusof sambil diperhatikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir (kiri), Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong (dua dari kanan) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Sulai (kanan).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan watikah pelantikan Datuk Bandar Kota Kinabalu yang baharu kepada Puan Noorliza Awang Alip sambil diperhatikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir (kiri), Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong (dua dari kanan) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai (kanan).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.