
Kalau bukan GRS yang menumbangkan Warisan, sudah lama KDMR Warisan khususnya, hidup hanya makan hati dan terpinggir dalam kerajaan Warisan itu sendiri.
Hari ini dibawah kerajaan GRS masih lagi mereka boleh cari makan halal tanpa tekanan mana mana pihak, begitu juga soal politik masih lagi bebas berbohong dimana mana.
Segelintir bekas PTI menyokong Warisan tapi mengambil sikap berdiam atau jadi budak baik, walaupun bangsa dan keturunan mereka dihina. Segelintir KDMR pun sama malah ada yang extreme mereka inilah yang menafikan keberadaan bekas PTI berkenaan. Tapi tidak mereka tunjukkan secara terbuka, mungkin kerana takut kot apa lagi Presiden Warisan, Shafie itu sendiri termasuk dalam kategori itu.
Jadi bagaimana mereka yang pro GRS menyikapi dua golongan berkenaan terpaksalah mengkritiknya kiri kanan tapi ada pula yang menilainya sebagai perkauman. Dia yang bodoh tidak sedar kalau orang dikelilinginya lah yang sebenarnya perkauman.
Pada hakikatnya dua golongan berkenaan cuba berpolitik playsafe, berlagak budiman walaupun kadang terlepas. Realitinya yang ada di lapangan KMDR Warisan dan bekas PTI pro Warisan saling berdendam dan menafikan namun yang disalahkan GRS. Hahaha!
Lihat saja, bagaimana mereka menilai kenyataan terbaru Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor pasal bantuan mangsa kebakaran di Kampung Bahagia yang terletak di DUN Sekong, Sandakan. Ketua Menteri ikhlas menyatakan bahwa bantuan akan diberikan kepada semua mangsa tanpa mengira status mereka, baik berhubung kepartian mahupun status kewarganegaraan.
Kerja macai Warisan entah mereka masih rakyat Filipina ataupun Indonesia yang marah akibat kalah PRN17 dan penguatkuasaan sejak kebelakangan ini. Lalu membuat infografik ini supaya KM Hajiji disalahkan. Mereka tahu KDMR pro Warisan kurang cerdik hanya rajin share berita palsu tapi diam diam kuat pinjam dana SDB.
Sikap terpuji Datuk Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah, memandangkan sebagai Ketua Menteri beliau ibarat ayah kepada rakyat Sabah. Namun dimanipulasi oleh penyokong Warisan, seperti text yang mereka sebarkan dibawah;-
Apa pendapat rakyat Sabah, pihak mana yang benar benar adil dan prihatin?

😠🤝 Sentimen Rakyat Sabah: Antara Keadilan Sosial dan Faktor Kemanusiaan
📌 Realiti Bantuan
Sandakan (20 April 2026)- Rasa tidak puas hati rakyat Sabah terhadap bantuan kerajaan kepada mangsa kebakaran yang bukan warganegara sememangnya sudah dijangka. Dilema ini mempertemukan dua prinsip utama:
Keadilan Sosial ⚖️
Faktor Kemanusiaan ❤️
Kerajaan negeri memilih untuk memenuhi kedua-duanya, walaupun wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat tempatan.
❓ Persoalan Tanggungjawab Filipina
Namun, persoalan besar yang timbul ialah: di manakah kerajaan Filipina tatkala pelarian perang dan PATI dari negara itu ditimpa musibah?
Isu tuntutan ke atas Sabah 🇵🇭➡️🇲🇾: mereka lantang bersuara.
Isu kebajikan rakyatnya di Sabah 🏚️: mereka seakan membisu.
🗣️ Hak Rakyat Sabah
Rakyat Sabah berhak meluahkan rasa tidak puas hati kerana dilema pendatang asing ini telah lama menimbulkan pelbagai isu sosial:
Tekanan terhadap ekonomi tempatan 💵
Cabaran keselamatan 🔒
Masalah integrasi masyarakat 👥
🔎 Kesimpulan
Sentimen ini mencerminkan dilema berpanjangan antara hak rakyat Sabah dan tanggungjawab kemanusiaan. Kerajaan negeri perlu terus menimbang langkah yang adil, sementara rakyat Sabah berhak menyuarakan keresahan mereka demi masa depan negeri.






















Leave a Reply