Aku sudah beberapa cakap sebelum ini yang wakil rakyat Warisan tidak pernah bercakap soal kemaslahatan pengundi di kawasan mereka.
Asyik asyik mempolitikkan perjanjian Malaysia 1963 dan kalau ada projek pemerintah itu yang mereka kerjakan, ada konon unsur penyelewengan, walhal semasa kerajaan Warisan begitu banyak projek gajah putih dan tidak pun berfaedah kepada masyarakat.
Banyak projek yang dibuat seawal kerajaan Warisan. Tapi boleh mereka tunjukkan, dimana projeknya dan berapa kosnya? takut tu! kalau mereka dedahkan nanti tidak pasal pasal SPRM datang menyiasat.
Begitu juga soal menuntut perjanjian Malaysia 1963, aku boleh katakan gagal total.
Pasal aktiviti pengedaran dadah yang merosakkan masa depan generasi muda. Mana pemimpin Warisan pernah mempolitikkannya. Walhal satu Sabah tahu antara daerah utama yang bergelumang dengan pengedaran najis dadah adalah kawasan yang menjadi kubo Warisan, Seperti di Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Merotai namun sehingga saat ini tidak pernah mereka suarakan.
Nasiblah Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor nampak perkara itu dan beliau usahakan. Mesyuarat diadakan di antara Jabatan kerajaan dan mengarahkan agar pengedaran dadah di benteras habis habisan.
Maka itu hari ini kamu dengar juga kan berita tangkapan oleh pihak Polis ke atas pengedar dadah di Sabah. Selain sudah tentu beberapa tangkapan ke atas mereka yang terjebak sebagai penagih dadah.























Leave a Reply