Armada Bersatu Sabah Sambut Baik Belanjawan 2021

Armada Bersatu Negeri Sabah menyambut baik Belanjawan Negara 2021 yang memberi fokus membantu rakyat selain pemulihan ekonomi.


Ketua Armada Bersatu Negeri, Fairuz Renddan berkata, belanjawan yang dibentang oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz amat dialu-alukan oleh rakyat.


Katanya, Belanjawan 2021 merupakan belanjawan untuk rakyat dengan memberi perhatian kepada semua pihak, terutama rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.


“Dengan pelbagai jenis insentif dan bantuan yang akan diberikan, jelas Belanjawan 2020 adalah belanjawan prihatin yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat.


“Ini juga merupakan belanjawan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan usaha Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memulihkan ekonomi”, katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau mengulas Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Tengku Zafrul di Parlimen pada Jumaat yang memperuntukan jumlah terbesar dalam sejarah bernilai RM322.5 bilion, iaitu RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.


Fairuz juga menyambut baik agihan peruntukan pembangunan kepada negeri-negeri, yang mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang menerima peruntukan tertinggi.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan optimis, Sabah yang akan menerima peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dengan 1,039 projek iaitu lebihan 297 projek berbanding sebelum ini akan melonjakkan lagi pembangunan di negeri ini.


Katanya, peruntukan pembangunan itu amat diperlukan oleh Sabah bagi mengatasi jurang pembangunan di kawasan luar bandar Sabah yang masih ketinggalan.


“Armada Bersatu Sabah juga menyambut baik komitmen Kerajaan Pusat menaikan peruntukan subsidi, bantuan dan insentif, bagi Sabah dan Sarawak daripada RM150 juta kepada RM200 juta bagi melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming, termasuk meluaskan pelaksanaannya ke 34 kawasan baharu, seperti di Pulau Sakar di Sabah.


“Usaha tersebut dapat membantu meringankan beban hidup rakyat terutama di kawasan luar bandar Sabah”, tegasnya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.