Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menyambut baik belanjawan negara untuk tahun 2021 yang baru dibentangkan sebentar tadi, sebagai.
Bajet kali ini adalah bukti kerajaan dalam menangani kesan buruk dari wabak Covid-19 disemua lapisan masyarakat dan sektor ekonomi.
Belanjawan kali ini menambah baik inisiatif bagi merangsang ekonomi sebanyak RM305 billion yang bermula sejak Mei tahun ini. Justeru itu beliau berharap tumpuan akan dapat diberikan kepada soal pertumbuhan ekonomi bagi memastikan kesejahteraan rakyat kelangsungan perniagaan dan meningkatkan daya tahan ekonomi.
Bantuan Prihatin Rakyat yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara hidup merupakan sistem bantuan yang bersasar akan dapat membantu mengurangi beban rakyat.
Datuk Hajiji mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul. Bahawa beliau gembira kerana memberi perhatian kepada keperluan negeri Sabah.
Sabah mendapat peruntukan sebanyak RM5.1 billion untuk pembangunan infrastruktur selain RM3.8 bilion untuk kesinambungan projek pan-borneo dan pakej lain.
Antara lain yang terkandung dalam bajet kali ini ialah geran khas tambahan RM1,000 untuk peniaga yang juga akan diberikan kepada pemandu teksi ehailing kereta sewa pemandu pelancong bagi membantu mengurangkan beban ekoran kehadiran pelancong yang menurun.
Perkhidmatan bank mudah alih juga diperluas ke Sabah bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan kepada penduduk luar bandar.
RM41 juta untuk program hak adat anak negeri bagi memelihara hak-hak asasi mereka.
Peruntukan untuk program pengagihan barang asas LPG yang akan diperluas ke 34 kawasan baru termasuk di Sabah meningkat kepada RM200 juta.
RM100 juta untuk pelaburan serantau termasuk Lembaga Ekonomi dan Pelabuhan Sabah (Sedia).
Ketua Menteri juga gembira kerana perusahaan padi bukit mendapat peruntukan sebanyak RM40 juta. Di mana ia akan memberikan manfaat kepada hampir 10,000 pekebun padi di seluruh Sabah yang melibatkan 7000 Hektar kebun padi bukit.
Esszone melalui ESSCOM juga mendapat pertambahan peruntukan dimana RM16 bilion untuk Jabatan Pertahanan dan RM17 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri.
Dengan demikian kerajaan negeri berjanji akan lebih bekerjasama dengan rakan-rakan dari Persekutuan bagi memastikan belanjawan tahun 2021 ini dapat dilaksanakan dan dijayakan.
Tinggalkan Jawapan