Kenyataan Media Penerangan PPBM Sabah Bajet 2021

*KHAIRUL FIRDAUS AKBAR*
*Ketua Penerangan*
*Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU Sabah*

1. Mesyuarat Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU Sabah pada hari ini telah membincangkan pelbagai perkara susulan daripada permintaan Ketua BPN BERSATU Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor kepada kesemua 25 Bahagian BERSATU untuk mendapatkan maklum balas akar umbi berhubung permasalahan rakyat, khususnya dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19.

2. Antara dapatan yang diperolehi adalah keperluan untuk meningkatkan keberkesanan mekanisme penyampaian bantuan kepada golongan yang terjejas di semua peringkat.

3. Beberapa tindakan segera perlu dilaksanakan termasuk menambah penglibatan jentera penyampaian untuk membantu petugas kerajaan sedia ada daripada Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan. Selain itu, sistem pengesanan golongan rakyat yang terjejas akses dan sumber keperluan makanan juga perlu diperkemaskan.

4. Mesyuarat juga telah membincangkan maklum balas terhadap inti pati Belanjawan 2021 Peringkat Persekutuan. BPN Sabah merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas keprihatinan dan bantuan berterusan kepada negeri dan rakyat Sabah.

5. Pada masa yang sama, satu Pasukan Petugas Khas BPN BERSATU Sabah telah dibentuk untuk merumuskan syor dan cadangan kepada Kerajaan Negeri Sabah berhubung input dan pengisian Belanjawan 2021 Negeri Sabah yang akan dibentangkan dalam bulan November ini.

6. Mesyuarat bersetuju agar antara teras utama yang perlu dipertimbangkan adalah kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta ketahanan ekonomi negeri dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: