
Menteri Tugas-Tugas khas, Datuk Ariffin Arif yang Adun Membakut menggesa agar pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) terlibat secara langsung atau bertindak secara proaktif dalam menangani isu semasa yang cuba dipesongkan oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga mampu memecahbelahkan umat Islam di negeri Sabah.
Tidak terkecuali imam-imam yang ada di seluruh negeri Sabah supaya menangkis isu-isu yang mengelirukan umat Islam.
Mereka bukan hanya mata dan telinga kerajaan tetapi juga bertanggungjawab menyampaikan perkara-perkara yang sahih kepada masyarakat agar masyarakat tidak mudah terpengaruh atau terkeliru pada isu isu yang dibangkitkan.
Menteri Tugas-Tugas khas itu juga merayu pada masyarakat supaya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti JHEAINS, sekiranya ada perkara-perkara atau pertanyaan tentang isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama.
Pokoknya sebarang keraguan berkaitan hukum hakam, fatwa, syariat dan akidah akan dirujuk kepada mufti dan mufti adalah rujukan utama JHEAINS.
Begitu gesaan beliau ketika menyampaikan bantuan program MyAMAL Prihatin anjuran JHEAINS berupa bantuan asas keperluan harian kepada 30 penerima di sekolah agama (SAN) Binsulok dan SAN Pimping
betul tu kawan..apa yg Menteri katakan mmg benar..pesan pada menteri ..request ke JAKIM Putrajaya..atau call menteri Agama DS Dr Zulkifli..saling berhubung ke Federal agar rujukkan pekara pekara ini sentiasa menepati keadaan semasa..masa skrg PN GRS mesti lebih peka dgn hal hal kaitan agama ..anna selama ini begitulah caranya..nak tahu apa pekara di pesan JAKIM agar pihak sah bertauliah dari krjn ..itulah lebih selamat kita tidak terpesong salah anggap..tahu sajalah..krjn negeri skrg mesti aktif sentiasa mendekati rakyat..beritahu pada CM Hajiji..peruntukan utk Jabatan Agama islam Sabah..harus lebih kan sedikit..sebagai krjn negeri..kita tak mahu lagi mcm yg sudah sudah..sebaliknya turun ke lapangan ..buat program apa bagai..tak silap anna..pihak jabatan agama islam Sabah..nie bagus jugak..kita buat konsep mesra rakyat..barulah hidup suasana.π
LikeLiked by 1 person