Surat Shafie Pada TYT Minta Bubar DUN Tidak Sah

Arahan dalam surat permohonan Ketua Menteri Sabah, Shafie kepada Tuan Yang di-Pertua negeri Sabah TYT salah rujuk peruntukan atau akta yang menyebabkan pembubaran DUN yang diumumkan oleh Shafie Apdal pada 30hb Julai besar tidak sah atau besar kemungkinannya akan dibatalkan oleh Mahkamah Kota Kinabalu.

Dimana surat permohonan Ketua Menteri Shafie Apdal bertarikh 29hb Julai kepada Istana yang meminta TYT menggunakan peruntukan 10 (1) (2) (b) bagi membolehkan DUN Sabah dibubarkan sebenarnya salah dan bertentangan.

Ini kerana berdasarkan perlembagaan negeri iaitu peruntukan yang disebutkan di atas jelas termaktub bahawa Yang di-pertua Negeri boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi-fungsi sama ada (a) melantik seorang Ketua Menteri atau (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan Undangan.

Maksudnya tu Ketua Menteri minta nasihat agar kononnya jangan dibubarkan. Tapi tetap juga TYT berkeras. Masalahnya sekarang pihak yang terbabit tidak dipanggil mengadap dipenuhi. He!

Persoalannya jadi kenapa Ketua Menteri Shafie Apdal mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah. TYT mana yang izinkan?

Benar dakwaan masyarakat Sabah bahawa pentadbiran kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Warisan dijalankan oleh Menteri, Timbalan, Pembantu Menteri serta kakitangan yang tidak kompeten, tidak berkelayakan, tidak cekap.

Gaya saja yang lebih, rambut saja yang terpacak. Sama juga, dengan jentera parti tidak lebih dari longgokan besi buruk. Suka mengada-ngada cuba berlagak cerdik. Hahaha!

Begitulah bila tindakan yang diambil hanya semata-mata untuk menafikan hak orang lain pasti akan ada kecacatannya lalu terkantoi.

17hb Ogos adalah tarikh pendengaran semula semakan kehakiman berhubung pembubaran DUN Sabah yang difailkan oleh 33 Adun Sabah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

2 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.